Friday, August 19, 2011

Ramadhan Bulan Muhasabah...

Selamat bersahur buat semua kawan-kawan di alam maya ini.

Artikel ini puan zai copy dari email yang puan zai dapat kat opis tadi. Tak de le copy paste aje, baca dan taip balik (tahap rajin nak menaip nie).

---> Setahun sekali bulan Ramadhan datang bagi menginsafkan kembali umat Islam. Umat islam terbahagi kepada 3 bahagian.

Golongan pertama adalah mereka yang menganiaya diri sendiri. Sedihnya golongan ini ramai sekali.

Kedua, Umat Islam yang ada pekerti namun masih bergelumbang dengan perkara yang dibenci Allah swt seperti riba dan rasuah.


Golongan ketiga ini adalah mereka yang faham akan kehidupan ini anugerah Allah swt. Golongan ini faham yang hidup perlu di laksanakan kerana Allah. Mereka tertib dan berdisplin dalam ibadah serta mereka menjauhi perkara haram dan mengamalkan apa yang halal.


Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan izinNya semua dosa manusia yang beriman dan beramal soleh diampuni Allah kecuali dosa syirik. Pun begitu kita perlu beringat yang dosa itu dua jenis.


Pertama, dosa kita kepada Allah dan yang kedua, dosa kita kepada manusia yang lain.


Dosa kepada Allh, apabila kita memohon ampun dan berjanji tidak mengulanginya lagi, insyaAllah diampuni.

Sedangkan dosa sesama manusia bergantung pada kemaafan manusia itu. Kita perlu memohon kepada orang yang kita lakukan kesalahan. Ada banyak contoh kesilapan sesama manusia. Antaranya pecah amanah dan memakan harta orang lain. Kita perlu sedar selagi kita tidak memohon maaf atas kesilapan kita itu, Allah tidak mengampuni dosa kita.

Atas alasan ini, kita wajar menjaga diri daripada melakukan kesalahan dan dosa kepada orang lain. Apabila melakukan kesalahan, segeralah memohon kemaafan.

Sekian.


Puan Zai...



[Gambar hiasan. Mak abah puan zai masa dolu-dolu]


p.s raya nie lazimnya akan meminta maaf kat semua ahli keluarga terutama mak dan abah... ish tak sabar nak raya hehe.






6 comments:

zul permatang badak said...

gambar dulu2...mmmm....suka tengok,banyak nostalgia tu.....

banyak berniaga kueh.......semoga ramadhan kali ini dilimpahkam rezeki.....dan dipermudahkan segala urusan...

nurul asyikin(kak chik) said...

yup kak,,sdar xsdar dh msuk 3 kali jumaat,,insyalh bln rmdhan kali nie mbawa kberktan dan smoga kte pakat2 mjalani ibdah pose di mlam2 trakhir ni ngn lebih lg...akak ikut muka mak er....slmat brpuasa,,,,ermm nk masak pe ptg nie?

ct N honey said...

bestnya ada juga simpan gambar lama...tinggal 10 hari aje lagikan puasa,cepatnya nak raya,baju anak belum beli lagi

Jendela Hati said...

Zul PB: gambar2 dolu2 anak cucu boleh tgk...

Nurul Asyikin: InsyaAllah kin. eh ye kin serupa mak lagi ek. ramai kata muka abah.

ct N honey: ye lah ct pejam celik lagi beberapa ari lg. sy gi soping esok ct. xtau la arg ramai camner sok huhu

Bee said...

memang rajin taip balik nih heheh..

Jendela Hati said...

puan bee: hehe terlebih rajin nie...