Tuesday, August 9, 2011

Ragam: Adik dengan beg besarnya...

Bangun sahur tadi, adik dah tercegat depan pintu bilik. Hai nak sahur jugak ke adik? Dengan mata yang tertutup ibu bersahur dengan adik di pangku.

Bila nak mandikan kakak jam 6pagi, adik pun nak mandi juga. Walhal adik ke sekolah jam 8pagi. Si kakak lak emang kena mandikan kalau tak hmmm alamatnya tertinggal lah dengan bas sekolah tu kang.

Ntah apa mimpi adik. Nak bersiap jugak dengan memakai baju sukan sekolah. Sedang puan zai sibuk menyiapkan si kakak, si adik nie dok sibuk menyelongkar tempat letaknya beg-beg di dalam cabinet. Aduh orang sibuk kat sini dia dok sibuk buat sepah pagi-pagi nie.

Dah agaknya mesti nak cari beg buruk dan besar tu. Mata dah merah bila ibu kata tak payah bawa beg besar tu. Dah la badan adik kecik nak bawa besar. Ibu kata pakai aje beg kecil tu kan masih elok lagi.

Ntah la mungkin beg tu ada sentimental value kot pada adik. huhuhu

Hanya adik sahaja yang tahu....




p.s dah kelam kelibut dengan adik ni, tak sempat nak BW. Sempat baca dua tiga post aje. Balik keje kang baru puan zai BW dan tinggalkan komen ye. Wassalam.... selamat berpuasa...

2 comments: