Friday, August 5, 2011

Buka puasa dengan taugeh

Anak dara sorang nie amat suka dengan sayur taugeh. Kalau bole setiap hidangan nak kena ada taugeh.

Tak kira kat rumah atau makan luar mesti cari taugeh.


Pernah sekali tu makan luar, kedai tu tak de sayur taugeh goreng. Sedang dia mahu menghabiskan nasi di pinggan tu dia ternampak tauke kedai membawa keluar taugeh goreng yang baru di masak, hmmm dia bangun dan mengambil taugeh goreng tu dengan selamba dengan pinggan nasi dia.

Kakak makan licin kalau ada menu taugeh. Kalau makan kuetiaw goreng di kutip-kutip taugeh tu.

[Adik tiada kena mengena dengan entry ini sebab adik makan oat aje]

Menu semalam ada dua menu aje. Taugeh goreng dan telur rebus sambal.

Menu arini rojak. Selain pecal, kakak juga sangat-sangat suka rojak macam nie. Menu ini cuma ada tauhu goreng dan taugeh serta kuah rojak. Selalunya ada lagi bahan-bahan lain.
Kuah rojak juga simple.
Tiada pedas dan tiada cili.
Mudah aje nak buat kuah rojak nie.
Goreng kacang tanah.
Blend kacang hancur.
Tuang air panas.
Garam.
Gula.
Dan akhir sekali letak kicap manis untuk bagi kaler dan pekat.
Tadaaa sedia untuk di hidang.

4 comments:

Bee said...

oo senang buat kuah rojak tu nanti saya try , baguslah suka makan taugeh elok tuk kesihatan

Jendela Hati said...

Puanbee: menu mudah senang-asal ada taugeh untuk si kakak huhu...

ct N honey said...

jimat lah menu kakak.sayur taugeh murah...nak juga mkn sayur,anak ct berpaksa mkn sayur

Jendela Hati said...

ct N honey: tu emang peberet dia... taugeh taugeh taugeh hehehe...