Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa Gath bersama BFF

Semalam dah citer pasal soping raya, arini continue pula dengan buka puasa bersama-sama bff pada ari yang sama hari sabtu tu.

Seronok jumpa. Bergelak ketawa. Usik mengusik. Jarang dapat jumpa dan jarang dapat makan bersama maklum lah kami dah lain-lain department. Sebabnya seorang di branch dan yang lain-lain di HQ. Jadi, masa camnie la boleh berjumpa sambil gelak ketawa. Itu pun tak cukup korum bila dua lagi tak hadir kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Tak cukup pun suasana tetap meriah kihkihkih.

Seperti yang puan zai kata sebelum nie, cadangnya kami ingin berbuka dia Nelayan Titiwangsa. Jumaat tu bila nak book, rupanya dah full house. Kami emang suka steamboat nie. Bila dah takde tempat, terus plan di terus ke Johnny's steamboat di BB Plaza, Bukit Bintang. Tergelak jugak bila piker, kebanyakkan buka puasa selalu aje di Johnny's, emang tak bole lari dari Johnny's nie. hehehe

Tak moh lah citer banyak, jom lah intai pic yang dah kami amek nie. Sampai di sini dalam jam 5pm. Kaki macam nak mengeras sebab penat. Lepak di sini sehingga buka puasa. Dah tak larat nak kemana ada jugak singgah Metro tengok-tengok baju pastu balik semula ke Johnny's untuk seisi photografi. Pedulik orang kata apa... gambar time...

 Puan zai dan kakak.

 BFF - dari kiri Fiza, Emma dan puan zai...

 Dah siap untuk di jamah. Nyum nyum...

 Air chocolate float untuk kakak. Selain steamboat, kami order muchroom fried rice dan prawn fried rice.

 Chicken wings.

 Dua pic nie suka puan zai tengok. Gambar candid sebenarnya. hampir dua jam dok sini sejak jam 5pm, bergambar aje keje kami hehehe. Gila gambar lah katakan. Terkekeh-kekeh bila tgk pic nie. Ntah apa yang dok gelihati tu hehe. Rasa seronok dan rindu dengan kawan-kawan.
Jom lah intai-intai pic-pic di bawah ini. pic nie semua dari camera kawan puan zai yang dia post di wall FB dia semalam. USB camera puan zai nie mana ntah letaknya. Tak jumpa lak huhu.










OK lah. Sampai sini aje post gelak-gelak nie. Selamat bersahur buat semua kengkawan ye. Esok bermula lagi satu episod dalam hidup kita.

Wassalam.


Puan Zai...

2 comments:

Kak Aya said...

baguslah sesekali bergelak ketawa, merangsang awet muda!

Jendela Hati said...

kakaya, ketawa itu penawar duka... hehehe