Hari ini anak-anak tak sangat buat perangai. Kakak lepas baca novel (buku cerita kanak-kanak) dia baca majalah Kuntum. Jadi masa kakak tidak lah terbuang begitu sahaja. Adalah mengadu lapar bila si adik......
Nak cerita pasal adik hari ni, sungguh mencabar kesabaran si kakak sejak pagi. Apa taknya, pagi-pagi bila babu roti datang adik dah serbu babu dengan beli roti, keropok dan jajan-jajan lain. Beli pulak setiap jajan 2 set. Separuh untuk adik separuh adik beli untuk kakak. Kopak duit ibu RM7 beli semuanya.
Masuk aje ke dalam rumah, di kejutkan si kakak supaya makan. Hmmm udah berkali kakak bagitahu yang kakak puasa mana boleh makan. Tak reti-reti la si adik nie. Di sua-suakan jua ke muka kakak roti tu adehhh... buat kakak angin jer tengok perangai adik. Memang lah baik niat adik beli untuk kakak tapi kakak cuma bole makan lepas jam 7.30pm lah adikkkk oooiii... payahnya...
OK lah habis cerita pasal adik manja nie. Time untuk tayang gambarrr hehehe... jom...
Kakak dengan kuetiaw goreng.
Air kelapa dengan air sirap.
Sementara orang buka puasa, yang tidak berpuasa tunggu kat hall tengok tv dulu-pesan atuk.
Bila orang dah start makan, baru lah orang-orang yang tidak puasa nie makan sama.
View bagi dekat kuetiaw goreng kakak nie. Hari-hari nak kuetiaw goreng tak boring ke?
Yang ini roti john bazaar Desa Pandan. Setakat ini tukang ke bazaar dah pergi 4-5 bazaar. Last year ada juga puan zai ikut setiap hari lain-lain bazaar. Paling jauh ke bazaar shah alam. Tahun ini blom berkesempatan. Malas pulak nak jenjalan.
Hidangan untuk 8 orang dewasa. Meja ada kerusi 6 aje. Hmm pandai-pandai lah amek kerusi extra.hhuhuhu.
Wokeh... sekian buat hari ke 6 ini.
Selamat berbuka dan selamat berpuasa pada esok hari.
Wassalam.
3 comments:
rajinnya menziarahi bazaar...
anak ct yg kecik 5 tahun pun sama gak..bila kita berbuka kena jaga adik yg kecik ddk kat luar..tiap2 hari nak ckp nak puasa,tapi blik sekolah minta nasi..
Kakaya: dah mcm dlm rancangan tahun lepas shamsul@bazaar kat tv3 tu hehe
ct N honey: yelah serupa je sama kat sini.
Post a Comment