Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak: Nabil No 3

Tengok je tajuk, tentu dah tau hari ini puan zai nak citer pasal sapa kan?

Maharaja Lawak yang dulu ditunggu udah pun tamat malam tadi.

Tahniah buat Ahmad Nabil Ahmad walaupun tidak menjadi Juara ML 2011, Nabil berjaya menduduki tempat ke 3 di Maharajalawak 2011 tetapi Nabil bolot sorang hadiah RM150K tu.

Walaupun Sepah menang, Nabil jugak yang untung. Hehehe betul tak?

Secara peribadi puan zai suka kedua-dua segmen yang Nabil tampilkan malam tadi.

Masa Part 1 tu, kelakar tergelak terbahak-bahak bila tiba-tiba je patung spiderman tu bergerak jadi orang. Tak sangka pulak patung bergerak. Mak puan zai tergelak sampai terbaring-baring. Abah lak biasa lah, nak-nak kalu Nabil cakap nogori mesti dia gelak sampai nampak tak nampak gigi tu. Hehehe....

Sebagai kenang-kenangan di blog Jendela Hati ini, puan zai letakkan pic Nabil pada setiap minggu performance dia dari minggu pertama hingga minggu ke tiga belas iaitu final minggu terakhir (pic pinjam kat Encik Google dan Makcik Yahoo, makaseh byk). Jom ikuti imbasan serta rentetan performance Nabil dalam Maharajalawak 2011. Syabas bang bil!


 Buleh le. Rata-rata semua peserta yang masuk final dapat RM100k +++ kecuali Nabil lebih sikit dari Juara dan naib juara. Cuma Jambu tu dapat RM50K kira ok juga dari tak dapat masuk final langsung. So bang bil tak payah share-share dan berbaloi semua usaha dan idea yang bernas.

 Minggu pertama Nabil dalam ML. Masa ni kisah jual kalender kat highway.

Minggu kedua sambungan minggu pertama. Nabil menceritakan apa yang jadi dalam kisah minggu lepas.

 Minggu ketiga minggu peberet puan zai. Lawak pasal gerai boss yang jahat. Tengok banyak kali tak jemu tau. Masa ni Musical Comedy. Nabil bawa lagu yang di ubah dari lagu Bruno Mars - Grenade. Lepas Nabil bawak lagu ni, wahhh pastu ramai yang buat ringtone lagu nie (termasuk peminat nan satu nie). Yang puan zai nak tabik nie Nabil yang tukar isi lagu, yang lain kebanyakkan nyanyi lagu dengan lirik asal.

 Minggu keempat. Citer pasal Saintis yang mencipta 'jam masa kembali ke masa lampau'. AC pula pandai bawa watak extra masa nie. Memang best masa nie.

 Minggu kelima. Bawa watak Detective Conan. Hahaha kelakar masa tang receipnist nie haaa. Mana tak kelakar kalau masa ni dia cakap nogori. Watak Conan pun ok. Ajuk suara Conan tu serupa lah bil.
 Minggu keenam. Ni citer pasal GBS. 'Turn the left... turn left... kiri duri di kanan pun duri'... Ada je idea bang bil nie...
 Minggu ke tujuh. Kelihatan Nabil frust malam tu untuk tajuk Silent Comedy. Dia kata banyak benda yang dia nak buat, plan tu tak menjadi. AC kata yang Nabil demam malam tu. Nampak sangat dia frust walau puan zai rasa dia dah buat yang terbaek. Tabik pada bang bil sebab ada idea nak buat citer nie.

Ini minggu ke lapan. Nabil citer pasal FB dan internet. Tu yang kuar perkataan OMJ tu, Grrrrrrrr...., what ever tu - perkataan2 dalam FB...

 Minggu ke sembilan. Lawak dengan artis pelawak undangan. Nabil bergandingan dengan Sharifah Shahirah.
Minggu ke sepuluh nie Konsert kat Pulau Pinang. Rata-rata semua peserta slow. Mungkin juga penonton tak berapa sporting kot. Ada jugak yang kata sound system kat sana tak ok sebab tak dengar penonton yang gelak. Nabil wat citer situasi-situasi penculikan. Untuk elak anak kena culik kena bagi anak gemuk. Kuikuikuiii... 'Bukan murtabak... Mubarakkk...'.
 Minggu ke sebelas. Konsert di Kuantan. 'Uluit tapai kakai... ("urut tapak kaki"), Jenduuu (jendul), Beckham ("Bekam")... Suasana meriah dengan penonton yang sporting. Nabil bangkit dengan sorakan penonton. Buat kisah urut kaki.
Minggu ke dua belas di Konsert kat JB.
"This is best bro... best bro...".
Part 1 lawak seorang nie memang lawak. ASPAL - Cetak rompak ASli tapi PALsu... part kelakar bila gerai CD automatik di tukar ke gerai jual otak-otak. Pecah stadium bila penonton ketawa tengok part tu. AC pun memainkan peranan.

 Part 2 minggu ke dua belas nie Nabil berganding dengan dengan Bob KU2. Part nie Nabil buat segmen "Sihat tak saya?"
Best sampai penonton berdiri gelak ketawa bila tengok part sumo. Togolak satu kampung den.

 
 Minggu terakhir final ini - puan zai download Part 1. Part ini tak sangka lak patung spiderman tu orang rupanya. Tergelak sakan tengok.


Part 2 Minggu terakhir final - Musical comedy. Segmen ni bukan peberet Nabil sejak dari Rajalawak musin kedua dulu. Dia paling risau kalau ada tajuk ini. Apa pun dia dah buat terbaek walaupun terguna masa extra. AC memainkan peranan, kira respect Nabil walaupun masa tamat, Nabil tetap habiskan nyanyian bersama AC hingga ke akhir. Tabik to AC sbb bagi bang bil chance kali terakhir di ML.

Bila keputusan di umumkan, Nabil seperti sudah sangka dia di tempat ke 3. Apa-apa pun puan zai tabik springgg kat bang bil nie sebab dia satu-satunya peserta solo yang ke final. Duit menang pun banyak tu. Ikutkan sama rata je dengan yang lain-lain. Ekau tetap Juara di ati peminat. Tahniah!

p.s - Ramai yang komplen termasuk le 'peminat' nan satu nie lepas jam 10.30pm undian dah pending. Apa hal ntah vote tak masuk. Lepas jam 12.30am tu baru masuk. Strategy plan dorang nie kannn... tentu-tentu dorang dah tau sapa juara ML macam juara-juara AF jugak. Walaupun peminat ini tahu hakikat ini, 'dia' tetap nak vote jugak... RM12.95 + vote-vote dah Nabil utang dengan puan zai... puan zai oh puan zai...
(Thanks buat rakan blog yang ada berkongsi citer pasal Nabil)




Puan Zai... with LoVe...

5 comments:

Bee said...

ye lah dalam ramai2 dia yg untung kan kan hehe... org lain kena bahagi2 hadiah dia tk ..tp gelaran tu lah dapat ...

Jendela Hati said...

Puanbee: ha tu la dia sensorang untung. dpt jugak tropi tahta walau tak dpt tahta emas belian ML tu...

Kak Aya said...

fanatik Nabil ye ....

Mama Farris said...

tak minat nabil sangatt..


fanatik SEPAH..he..he

Jendela Hati said...

Kakaya: iye lorrr...

Mama farra dan faris: ini fanatik nabil...