Wednesday, April 27, 2011

Teman kakak membaca

Assalamualaikum. Tengok di luar tingkap opis tadi, renyai mulai turun. 5.15pm sharp puan zai dan lain-lain berpusu keluar dari opis untuk pulang ke rumah masing-masing. 

Jejak je kaki di lantai beranda, hujan turun dengan lebatnya. Nasib le sempat sampai rumah. Hujan dan petir. Kaki terus jejak ke dalam bilik mencari adik dan kakak. Rupanya adik sedang tidur. Kakak pulak sedang membuat latihan bahasa english buku yang kakak beli (tapi ibu yang bayar) masa kat Pesta Buku PWTC pada hari ahad lepas.

Dah siap puan zai tanda markah kakak, kakak terus ambil buku cerita Siri Hadi. Nampaknya kakak sedang kusyuk membaca. Nanti selepas membaca setiap buku, kakak jangan lupa rekod dalam buku kecil yang ibu beli semalam tau, buat apa yang cikgu suruh iaitu catatkan dalam buku catatan buku apa yang telah kakak baca.

Ibu suka lihat kakak membaca dari tak buat apa-apa kat rumah. Ibu dah tengok kakak simpan elok-elok buku-buku yang kakak beli. Oklah macam tu buku-buku tersimpan dengan baik dan terjaga. 

Nampaknya ada harapan nie ibu nak baca novel kalau anak-anak ibu dah dekatkan diri pada buku cerita. Maklumlah ibu ini susah nak layan novel kat rumah sebab anak-anak jeles tak bagi membaca novel. Kalau selain dari novel boleh pulak ye... huhu... Kisahnya ibu ini kena mengadap anak-anak ulangkaji pelajaran, kena ngadap anak-anak bermain, kena ngadap anak-anak tengok tv, kena ngadap anak-anak bermain. No novel no novel. Semua kena ngadap dorang je.

Tak tau apa pasal anak-anak dengki dengan novel-novel tu huhu.Sebab tu puan zai kena layan novel dalam kereta atau kat opis time break. Fuhhhh... sabo je laaaaa.... apa nak buat ek? Ikut je ler...
 Kakak sedang membaca kat sebelah ibu. Volumn suara kakak tinggi. Tak bole ke baca pelan-pelan? (sebijik membaca macam makngah kakak tu)...
 Kakak membaca sambil ibu mem-blog. Sebelum tu kakak buat latihan math dan english. Pastu ibu right kan mana yang betul dan tak betul. Takat nie kakak bole buat.
Hujan turun dengan lebat dan adik tidur dengan lena. Tak sedar langsung ibu dah balik keje.

Sekian catatan buat hari ini di hari rabu. Tadi dah baca blog kengkawan pastu terus post entry ini. Masa untuk beredar dulu. Jumpa esok ya!
Wassalam...
Puan zAi...

3 comments:

lady lavender said...

anak2 dengki pasai pn.zai taksub sgt dgn novel kot, sampaikan dorang panggil pun dah tak dengar heeh..

erienz said...

wah bguz nye kakak...sentiasa mengisi masa lapang buat keje sekolah dan membaca...moga suatu hari nnti berjaya dunia dan akhirat...

Jendela Hati said...

LL: hehe ye lah kot... tp selalunya tak sempat nak baca ayat pertama dah kena sound dgn ank2 hehehhh.
Erienz: Moga2 insyaAllah. amin. kena tanam minat membaca waktu kecik.