Monday, April 18, 2011

Selamat maju jaya sahabatku...

Assalamualaikum.
Subuh-subuh dah kedengaran bunyi guruh.
Tak boleh lambat ke opis nie takut jalan lagi jam kalau lengah-lengah.
Mesti banyak kereta yang berpusu-pusu.
Sampai sahaja kat opis hujan dah turun.
Gelap.
Gelap walau jam dah menunjukkan ke angka 7.30am.
Jejak je kaki di main entrance hujan turun lebat-selebatnya.
Hari ini satu lagi meja kosong.
Suram je.
Sesuram cuaca di luar.
Sepi.
Sepi bila penghuninya tidak lagi berkhidmat di tempat yang sama.
Farewell party telah di sambut pada jumaat lepas di mana last day - 15th April 2011 sahabat ini di sini.
Plan untuk jamu dia dengan masakan lauk pauk dan nasi tidak kesampaian disebabkan masalah yang tidak dapat di elak.
Plan bertukar ke menu lain.
Paling mudah ialah order A&W.
Kesian adik akak nie ye... sori bebanyak...
. Tak palah nanti kalu jumpa lagi boleh makan besaq ye.
 Kenangan abadi...
Moh makan reramai.
Time ni je dapat borak-borak dan gelak-gelak.
Maklum lah semua lain-lain department.
Jarang berjumpa.
Masing-masing sibuk dengan kerja.
Time nie lah yang seronok dapat suka-suka.
Yang tak sukanya bila salah sorang nak pergi.
Bukan pergi apa, pergi ke tempat baru.
Tinggalkan yang lama.
Ishhh sedih pulak type cengini.
(Maklum puan zai dah tua, jiwa sensitip, jiwa ada taman)
Semoga sahabat puan zai nie berjaya dalam apa jua bidang yang dia ceburi.
Selamat berjuang dan menempuh dengan tabah serta cekal, mudah-mudahan sekeluarga berbahagia yang di rahmati, peroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang di berkati.
Sekian.
Wassalam...
PuaN zAi... sedih ber-jauh-an lepas satu dan satu jauh...

2 comments:

ct N honey said...

kita berhijrah untuk memajukan dirikan...semoga ditempat baru lebih bersemangat nak bekerja...

Jendela Hati said...

tu la ct kita doakan yg terbaek dr sini...