Friday, April 29, 2011

Sejuk hati untuk hati sejuk

Apa punya tajuk daa?
Buat pening je. Oh... jangan pening-pening. Tak ada apa sebenarnya saja nak tayang benda-benda sejuk nie. Dah lama tak pekena desert camnie. Lagipun di hari jumaat nie puan zai sejuk hati sesangat. Rasa gembira dan bersyukur. Alhamdulillah dapat rezeki lebih di tempat kerja. Dapat apa? Adalaahhhh... wahhhh gituuuu.. OK ler jom layan pic nie ek...
 Lunch semalam dengan kfc. Pehtu singgah cari dessert lak. Paling best yang ice manggo tu herge nya dalam RM6.90. Fuhh bole tahan herge nye. Sebenarnya masa order tu tak perasan tang herge. Main rembat sebab tengok pic kat menu pergh nampak sedap. Chestnut ice dan chestnut with rambutan tu RM4.90 satu. Sedap? Emang sedap. Sejuk? Emang sejuk beb.
 Yang di atas nie pulak untuk lunch arini. Lunch kat Rojak Bellamy, Jalan Bellamy yang kat belakang Istana tu. Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Dah dekat jam satu baru orang berpusu-pusu. Pekena nasi ayam dan share-share bertiga rojak biasa satu. Yang sejuk tu order ABC.

Sekian.

Jumpa lagi esok yer.

PuAn zAi...

p.s- Bestnya esok cuti weekend. Boleh berehat. Tapi esok ada jemputan kenduri kawen. InsyaAllah gi. Malam nie nak beri tumpuan penuh pada Nabil dan peserta lain dalam Maharaja Lawak di Astro Warna. Bai2...

5 comments:

ct N honey said...

sedapnya air batu campur..saya tak boleh minum byk sgt,sbb anak BF.nanti mlm2 kembong pula...
susah sangatkah menjadi ibu?..

zul permatang badak said...

Ai....makan sedap2 je...you all...kita tak kisah ikan singgang dengan pucuk ubi celor je....

ialah hidup tak bergaji...kalau boleh nak lari dari berbeli.....

mujur juga di kg....makan apa yg ada......

Jendela Hati said...

ct n honey: ooo masih BF? yelah nanti anak mudah kembung. kesian bila anak kembung.

Zul permatang badak: ye memang betul. lagi enak bila lauk tu asal nya tanaman yg di petik dari belakang umah. pucuk ubi celor mmg terbaik dari ladang.

Bee said...

mak eh puan zai makan sodap2

Jendela Hati said...

puanbee: rejeki...