Tuesday, April 26, 2011

Mary Kay oh Mary Kay...

Assalamualaikum... salam hari selasa... Demo... demo... demo... Dah acap kali kawan kat opis panggil untuk tengok demo Mary Kay. Tak de kesempatan lah nak tengok dorang test product nie lagipun buat demo nie pun pas waktu keje. Lepas time keje ialah time nak balik cepat belek anak-anak pulak. Pagi tadi satu jam sebelum masuk waktu keje, kami kat opis membelek-belek kosmetik selepas membelek-belek breakfast enak di depan mata. Product Mary Kay dah lama puan zai dengar orang memperkatakan. Rata-rata suka mengunakannya. Ada keserasian kata mereka. Ramai mengajak sama-sama tengok demo dan tester. Tak kira bangsa ramai yang promote product nie sekarang.
 
 Takat ini puan zai dah beli lipstick product nie kaler Rose Passion. OK lah pakai takat nie. Bibir tak kering. Kaler pun cantik. Kawan bagi try jugak tester lipstik kaler Charamel kot nama ia. Aiii dah rasa mcm puding lah pulak. Rasa nak gigit-gigit. Kaler nie pun cantik. Yang kaler bekas kaler cekelat tu ialah lotion badan. Puan zai dapat masa exchange gift bulan december 2010, dapat jenis Warm Amber & Forever Orchid. Wangi tu emang lah wangi giler. Best bau dia. Selalu guna kat tapak tangan. Sayang nak guna bebanyak. Letak sedikit je dah wangi. Perghhhh...
   Haaa... ini lah salah sorang kawan puan zai yang promote product ini. Pic tak penuh sebab akak nie malu nak ber-pic. Sejak jadi member nie banyak barang dah dia beli dan jual. Tadi dia ada bagitahu yang dia akan cari product Mary Kay ini untuk satu pakej complete satu barang khas buat puan zai dan seorang lagi kawan. Hehehehe Risau jugak nie dengarnya mahal harga dia. Liptick yang puan zai beli nie pun RM48. Selalunya beli lipstick harga RM6-RM10 satu kat mana-mana product dalam katalog hehehe. Tapi itu lah kalau product OK dan sesuai selalunya cengini lah harga. Mahal tapi puas hati. Ye tak? Kakak yang promote nie kata usah risau harga tu tak kisah. Pic kat atas tu dia soh kami pilih yang mana satu eye shadow dan yang lelain yang sesuai. Ambil je gaji bayo katanya huhu. Hmmm tengok je lah dulu.
Jeng jeng jeng... Ini bukan apa, pagi tadi test maskara setiap seorang. Inilah salah satu hasilnya. Dulu-dulu main masak-masak, dah tua-tua nie main makeup-makeup. Pic tak best, sedia maklum dengan keadaan HP buruk ku ini hehe.

Nak ikutkan sejak dulu puan zai ni dah banyak guna product kat pasaran. Tapi bukanlah yang mahal-mahal. Sedang-sedang jer harganya. Paling lama Elianto. Beli Elianto sebab masa tu dari keje kat HQ kena tranfer ke servicing branch kat Sg Wang. Keje kat Sg Wang boleh lah gi beli kat sana. Bila tranfer balik ke HQ, bye-bye lah kat product tu. Tiba-tiba je stop. Sebelum tu ada beli kat salon kawan beli satu pakej. Pakai pun tak lama tukar lagi. Last-last kalu nak tahu sekarang pakai Syahirah atau Safi. Barang-barang keperluan wanita seperti toner ke, cream pencerah ke atau compact powder semua yang di beli kat Watson atau Guardian. Wokeh lah nak stop dulu citer pasal product nie. Kita sambung berciter esok pulak. Hari ini kat opis BZ ler. Maklumlah actual closing sudah last friday, jadi monthly report pun banyak nak send to management. Pulak tu ada candidate tiga orang yang datang interview. Takat nie ketiga-tiga tu boss kecik kata not suitable. Hmmm ok boss, call yang lain pula... Esok hari merdeka puan zai kat opis. Boss besar dan boss kecik tak masuk opis. Mereka menyertai boss-boss dan staff-staff lain yang jadi comitte untuk big dinner kat Genting selama tiga hari beb. Yahooooooo....
PuAn zAi.... yang amat seronok...

2 comments:

Bee said...

haa mary kay bee tk pernah pakai ...

Jendela Hati said...

puanbee: nanti bole try...