Saturday, April 16, 2011

Kelip-kelip berkelip

Assalamualaikum semua. Hari sabtu ini kitaorang sekeluarga berjalan reramai ke Kuala Selangor. Bila semua ada, pakat-pakat bergerak lepas asar ke sana dengan dua kereta yakni seramai 8 dewasa dan 4 kanak-kanak. Hanya kerana nak gi tengok kelip-kelip di waktu malam dan juga makan reramai secara tong-tong ataupun secara share-share ler kira nie open table ler.

Tapi sempat jugaklah singgah dua tiga tempat berjalan sebelum gi makan tepi pantai tu. Lama tak berjalan. Anak-anak pun asyik kata dok umah jer. Kira ini ganti 'bercuti' ler untuk cuti sekolah yang dah lepas.

Lagipun serius puan zai katakan puan zai belum lagi pernah sampai ke sini. Dengar cerita orang adalah. Orang kata ini orang kata itu. Angguk-angguk geleng-geleng. Kali giliran kita lak berjalan sakan hehehe. Moh le tengok-tengok pic yang sempat puan zai snap ini ye. Kira banyak pic kenangan tapi masukkan yang ini je le, ni pun kira banyak dah weii..(Pic huduh harap maklum HP buruk).
 Memula, ce citer ce citer... Sampainya kami kat Bukit Melawati dulu, ziarah monyet kat sana. Anak-anak pun nak snap dengan makhluk kat situ.
 Yang nie tak pasti puan zai yang telek maps tu ke atau monyet-monyet tu. huhu.
 Depa nie jinak je tengok. Tak pasti lak spesis apa depa nie. Puan zai sebenarnya takut jugak, takut kena terkam. Setakat nie dorang tak ganas lagipun pelancong dan pelawat beri sayur yang di beli kat motor tu.
Udah sampai di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Tengok permandangan indah dari jauh laut tu. Time air surut.
 Kakak dan adik sedang tunggu order. Lapo... lapo...
 Hai interprem pulakkk... sapa tuh?
 Yang ini abah dan omak den ha...
 Hah amek ko penuh satu mejo...
 Bismillah... jemput makan...
 Peberet oh peberet ikan pari bakar...
 Ketam ketam oh ketam...
 Butter prawn...
 Sutun bertepung...
 Tu baru nampak 3 menu je tu belom yang lelain...
Menu of the day siakap stim... perghhhh... ada lain jugak seperti kerapu bakar, sup cendawan. Air pulak order 3 jug air orange juice, epal dan sirap.
 Ber-pic dulu sebelum beredar ke Kampung Kuantan untuk tengok kelip-kelip. Kakak dan adik nak rasa pasir pantai.
Kakak dah ready nak naik sampan tengok kelip-kelip.
 Adik pun excited.
 Gelap kat atas sampan. Banyak sungguh kelip-kelip. Cantik. Tika ini bulan terang, kalau bulan tiada tentu lagi cantik kata si pendayung sampan. Sian dia penat nak patah balik menentang arus nak balik ke jeti. hehehe yelah berat makanan dalam perut memasing dah.
 Satu sampan RM40. Kitaorang amek dua sampan. 3 dewasa 2 kanak-kanak satu sampan. Mak dan abah tak naik. Tak berani.
 Sekian tengok kelip-kelip. Selamat tinggal kelip-kelip. Dah seronok kat situ terus beredar balik KL. Sebelum sampai rumah dalam jam 12.30 sempat singgah ke uptown. Sebenarnya tak de apa nak beli cuma nak tengok keramaian je. Tapi tak larat. Letih beb. Ramai orang dan banyak barang jualan serta gerai. Pening beb. Tak sampai 1 jam masing-masing ajak balik. Itu lah cite satu hari berjalan di ari sabtu.

Sekian.

Wassalam.

Puan zai... seronok...





 

2 comments:

ct N honey said...

banyak2 gambar... ikan tersenyum tu yang terliur ct tgk....

Jendela Hati said...

hehe elok je tersenyum siakap tu kan ct...