Saturday, April 23, 2011

Jom social kat Sg Wang...

Assalamualaikum semua. Selamat berhari sabtu. Pagi-pagi anak-anak puan zai bangun pagi dengan gembira dan riang. Almaklumlah malam tadi dah kata kat dorang nak gi jenjalan. Setelah siap mandi, terus gerak ke Sg Wang dengan naik monorel. Sorang kawan dah tunggu kat sana jam 9.30am. Sorang lagi dari KLCC. Kami janji nak jumpa bertiga jam 10.30am. Puan zai memang nak keluar awal elak jam. Tak lah jam sangat pun hari ini - suam-suam kuku jer. Mulanya piker kalu gi Sogo pun OK gak. Tapi piker-piker nie nak gi social dengan ex-colleagues masa sama-sama keje dalam satu department dulu, terus je plan ke Sg Wang. Dulu sebelum puan zai tranfer balik ke HQ, ini lah ex-colleagues puan zai. Sg Wang emang tempat kami lepak dan tempat kami berkerja. Kenangan di sini bermula untuk kami. Teringat dulu-dulu seronok masa keje kat Sg Wang dulu. Walaupun keje syif tapi yang seronoknya kat sini takde boss. Boss besar kat HQ. So takde le nak keje dalam stress sangat. Yang stress tu biasa lah bila nak hadap customer yang bermacam ragam dan soalan. Namapun keje counter @ customer service semua itu memang dah dalam list dah.

Sesampai je Sg Wang jam 9.45am terus singgah Maybank nak bayo ansuran kete. Pehtu terus gerak ke post office setel kan bil-bil semasa. Tergelak puan zai and PO staff tu sebabnya bill boandband puan zai print dari email opis dalam 1 keping A4 dan 4 in 1. So nampak le kecik bil tu. Staff dok gelak sebab katanya cute je bil puan zai. Yelah kalau selalunya satu page satu bil. Ini kesemua 4 page 's dalam 1 A4 paper. Dah setel bil terus jalan ke tempat makan. Hajat nak gi Teppanyaki (tempat makan-makan dulu) untuk pekena Snow ball ia alah macam ABC jugak lah tapi yang kat Teppanyaki nie emang special, tu kadang buleh termimpi nak pekena snow ball nie. Tapi dukacita masa kami nak masuk staff restoran tu kata open 11.30 walhal jam kat tangan baru 11am. Pe lagi terus keluar gi cari tempat lagi. Tak tahan dah perut dah lapo nie. Dulu kalu keje kat Sg Wang, suka sangat gi Serambi cafe. Macam-macam lauk-pauk yang sedap. Dah lama tak ke sini rupanya Serambi cafe dah tak de. Tak pasti dah tutup atau dah pindah. Pengantinya ialah Zieta Cafe. Sebabkan tak penah datang, kaki ini melangkah laju je dan order sambil perut berkeroncong lapar.
 Senyum budak dua orang ini.
Lapo nie. Kaum wanita dewasa belom breakfast kat rumah kecuali itu budak dua orang yang dah breakfast kat rumah tadi.
 Sedapnya nasi lemak.
 Pekena kuew tiaw soup panas-panas.
 Nyum nyum ini menu puan zai. Mehon kari dengan nescafe ais.
 Kuew tiaw soup dengan cili potong dan ice lemon tea.
 Nasi lemak dan nescafe o ais.
 Haaaa yang ini si kakak order. Pelik je puan zai tengok. Bahagian bawah ada nasi, di atas cheese dan sos. Ala macam pizza tu cuma tukar ke nasi je. Takut jugak kang kakak tak makan bila dia iye-iye benar nak menu nie jugak. Nama menu ini cheese baked with rice & chicken chop. Perghhhh nama pun hebat. Tapi memang betul kakak tak abes makan. Jadi siapa yang kena perabis kan? Haaaa jawap je lah sendiri. kuikui...
 Habes je makan dan isi perut, memasing 'menjalan' diri. Sahabat puan zai nak beli jam dan tengok tu kakak pun sibuk nak belek-belek jam. Dalam pada tu kakak pun nak... uiiisssshhhh mahal lah kakak RM100+++ uiiii. Alah kan ibu dah beli jam RM20 kat JJ, ok lah tu asal ada jam.
 Masa ini si adik dan si kakak dok berburak sesama sendiri. Memasing excited tengok skuter tu. Bahagian bawah ada koleksi motor-motor dan kereta kecil koleksi dari tuan kedai.
 Penat dah berjalan pusing-pusing. Kalau bawa si adik tu emang lah kadang-kadang dia minta dukung. Letih la puan zai nak dukung aduhhh... Last-last, tu nampak tu acik pulak yang dukung adik. Ngada-ngada kannn...
Last sekali. Pose reramai. Lain kali jumpa lagi. Kita moh jalan lagi ye. Seronok. Nanti jumpa lagi ye acik Emma dan acik Fiza. Muahhhh... sayang korang....
Puan Zai... yang rindu...
 

7 comments:

Kak Aya said...

wahhh sakan nampaknya puan zai bersosial hari ni bersama anak-anak dan rakan.

Jendela Hati said...

sekali sekala kakaya heheee

Bee said...

seronoknya ..lama tk pergi sunga wang tu walo pun duk KL jer

zul permatang badak said...

makan kat rumah je....

MulutPayau said...

seronoknya jalan2, makan2 dan shoping..

Jendela Hati said...

Puanbee: Jenjalan jumpa kawan lama.
Zul permatang badak: lauk kat umah pun sedap tu.
Mulutpayau: hehehe bwk anak-anak.

Nur said...

Memang seronok dapat jumpa kawan-kawan lama, ye kak. Yati dah bertahun-tahun tak ke Sungai Wang, ada lah dalam 10 tahun juga tak jejak sana. :)