Assalamualaikum. Salam hari ahad. Hari ini bawa anak-anak ke Pesta Buku di PWTC. Keluar awal untuk ke sana kerana agak mesti ramai yang berpusu ari minggu nie. Hmmm keluar awal pun pengunjung emang ramai dah macam ulat gayanya. Tapi OK lah seronok. Anak-anak pun seronok. Lebih-lebih si kakak. Kakak kata nak cari buku cerita. Dalam tiga buku. Kononnya kena bercerita di atas stage sekolah. Ye ke kakak? Ke dalam kelas jer? Tak pa la puan zai lebih suka kalau anak-anak memilih buku dari memilih mainan. Bukan sahaja tiga buku malah lebih dari itu kakak beli. Tak apa lah asalkan beli buku bukan mainan. Macam tu lah kalu gi Tesco tiap bulan, selalunya puan zai akan beri dua pilihan pada anak-anak jika dorang nak sangat mainan. Baik ambil buku atau alat tulis dari nak beli mainan yang ntah apa-apa. Bukan tak bole beli langsung, tengok lah keadaan asyik nak beli mainan pun tak elok jugak.
My bushuk masham ber-pic dulu.
Sebelum berjalan kena isi minyak dulu. Breakfast kat Kyros kebab di The Mall ataupun dolu-dolu di kenali dgn nama Yoahan. Kakak nak makan sandwish beef dan air ribena.
Sebelum gerak ke PWTC tu, kat ground floor The Mall pun ada jual buku-buku. Singgah kejap kakak pilih buku cerita mini serta pensil kaler. Tu adik pun sibuk nak pilih jugak.
Masa ini dah masuk ke PWTC. Tempat singgahan pertama adalah di KarangKraf. Kat sini lah kakak dah rambang mata. Tak tau nak amek apa. Rasanya kalu free mau kakak amek semua buku. Adik tiada reaksi. Mungkin penin ramai orang. Kebanyakan masa adik nak dukung, bila dukung adik, adik boleh nampak semua manusia di situ.
Haaaa anak-anak sedang memandang kawan puan zai yang turut serta hari ini. Kawan nie sedang membawa sebakul novel. Wahhhh adalah dalam 10+++ jenis novel. Hehehe tadi sebelum datang sini kata nak belanja RM50 je. Ini dah sebakul novel. Maklumlah murah, beli 4 dgn harga RM60+++.
Belek jangan tak belek kakak. Kakak sedang membelek buku bertajuk "Ibu, ceritalah lagi".
Stop kat ice-cream booth. Adik dah mula jeling kat ice-cream drumstick tuuu....
Menikmati ice-cream. Dapat belon Fargoes untuk adik. Masa untuk rehatkan kaki kejap. Dah letih. Dan haus.
Permandangan dari atas. Belakang stage. Fuhhh ramai orang beb. Sambil dengar lagu Ana Muslim. Anak-anak ikut nyanyi.
Dah penat jenjalan, patah balik ke The Mall. Lapar pulak. Anak-anak nak pizza.
Tengok adik tu iye-iye nak potong pizza, macam terer je dik...
OK, inilah yang di borong oleh anak-anak. Beli satu beg Pesta buku PWTC dengan harga RM5 kaler pink cantik. Yelah berat nak pikul buku-buku kena lah beli beg jugak.
Haaaaa hehehe malu nak cakap. Yang ini si ibu punya. Masa sekolah dulu si ibu suka beli buku penyiasatan HADI keluaran Fargoes.. Emang minat sesangat masa dulu. Juga suka pada siri penyiasatan SALMA. Dua-dua buku bersiri ini kalau boleh nak simpan buat kenangan. Banyak tau siri buku ini. Sampai 40+++ siri. Kali ini si ibu ini beli untuk si kakak baca, nampaknya tadi kakak kata kat ibu kakak pun suka.
Hmmm emang ada niat nak beli buku ini, tadi kat pesta RM90. Tak beli pun sekadar tengok dan amek gambar sebagai kenangan. Si kawan pulak yang beli. Kami tadi berpusing-pusing cari booth MPH nak cari buku nie. Dengarnya semalam Tun Mahathir ada datang. Takde rezeki nak jumpa Tun sebab kami datang arini. Teringat masa puan zai bujang dulu masa puan zai kat 1st company di Lot10, puan zai suka tengok Tun datang makan. Dan Tun suka tapau ayam madu untuk di bawa balik.
Selepas je selesai membeli buku dan lunch kami pun bergerak balik ke rumah. Sesampai di rumah ujan turun selebat-lebatnya. Dapat jugak melenakan diri dengan anak-anak. Siang gi Pesta Buku, malam pula gi Tesco Menjalara untuk beli keperluan dapur dan barang kering. Semasa menaip nie adik dah tido. Letih sangat adik tu. Tapi mula tadi kakak sedang membaca dengan kuat. Tiba-tiba rasa sunyi oh rupanya kakak pun dah terlena di sisi adik. Penat anak-anak ibu ye. Tidur lah dah malam pun. Sekian. Wassalam.
PuAn zAi... yang seronok dengan anak-anak.
5 comments:
seminggu dua ni membaca buku cerita ajalah si zahira tu ye...
Kakaya: Haah dari tadi dok membelek aje apa yang di beli..
Seronoknya kak, dapat pergi pameran buku PWTC. :)
elok tu....dekatkan anak2 dengan buku....
nanti esok2 ada yang minat jadi penyajak......sbb penulis wanita....aktif dlm sajak kurang sangat........
yati: emang seronok lebih-lebih anak-anak. excited sgt.
zul permatang badak: masa sekolah emang minat bersajak, mula keje minat bercerpen skrg minat berblog pula hehehe..
Post a Comment