Wednesday, April 20, 2011

Ibu, kita nak bantal baru...

Assalamualaikum. Ini lah salah satu permintaan anak-anak. Kat dalam bilik memang ada 6 bijik bantal, 1 bantal peluk dan 1 bantal bucuk. Yakni bantal kecik yang lebih di kenali dengan bantal 'harum wangi' tu. Di sebabkan dua bantal dah di buang kerana dah terlampau uzur sangat keadaan bantal tu, anak-anak minta yang baru. Sorang satu bantal memang tak cukup. Mesti nak lebih dari dua. Asyik komplen kata bantal tak cukup. Jadi, arini ada JJ member sales, petang tadi puan zai dan kawan opis pun gi lah menyerbu berganding bahu atau berlaga bahu beramai-ramai ke JJ, Mid Valley. Tiada plan sebenarnya nak gi JJ tapi disebabkan ujan turun dengan lebat, puan zai ikut si kawan kononnya nak elak jam. Walhal dalam Mid Valley tu lagi jam. Jam dengan orang. Lagi jam dari atas jalan raya. Ramainya orang membeli dan membelah. Dan akhirnya dapat pun dua bijik bantal dengan harga RM19.90. Cukup lah beli dua je. Ini paling murah pun. Yang lelain semua mahal-mahal ikut brand. Mahal-mahal tak mampu beb. Beli yang seadanya je (Ye ke?). Pehtu ternampak pula bedsheet (queen size) fitted siap satu set dengan sarung bantal dengan harga RM33. Ishhh tak sabar nak bawa balik tunjuk kat anak-anak. Si kakak nie suka bilik tidur yang kemas dan cadar yang cantik. Teringat kat kakak lah puan zai rembat satu bedsheet tadi. Lagipun dah lama tak beli cadar. Cadar yang ada sekarang nie pun hadiah pemberian sahabat-sahabat masa birthday puan zai last year. Dah kusam pun. Sesampai di rumah memang la dah malam. Masuk je bilik hmmm dua-dua anak puan zai dah nyenyak tidur! Alah tak dapat nak tunjuk.
Takde sapa nak sambut ibu balik.
Takde sapa nak senyum kat ibu.
Takde sapa nak peluk ibu.
Takde sapa nak ucap 'terima kasih ibu, sayang ibu'.
Kesian anak ibu dah tidur kedua-duanya.
Tak pa puan zai, esok masih ada.








pUaN zAi... beli bantal dan cadar baru...

5 comments:

Kak Aya said...

oo pergi JJ rupanya...patutlah diam membisu je.

ct N honey said...

mlm ni boleh lah pakai cadar baru.mmmm..cam pengantin baru..

Jendela Hati said...

Kak aya: gaji blom, xde beli apa2...
ct n honey: hehe pengantin lama ler...

Azian Elias said...

JH,

seronok betul JJ. Sakan org bershopping. Kalau saya mmg tak larat because of the pain. sure tumbang ditolak2..

Jendela Hati said...

Yan: emang tak larat penin tgk orang mcm ulat dah..huhu