Saturday, April 9, 2011

Gaduh-gaduh manjeee

Assalamualaikum.
Salam hari sabtu.
Datangnya sabtu emang di tunggu oleh puan zai.
Masa untuk rehat dan relax kat rumah.
Dengar macam seronok aje kan.
Yelah time sabtu ahad nie lah time untuk jadi surirumah sepenuh masa.
Sepenuh masa untuk anak-anak dua orang tu.
Subuh-subuh seperti biasa tidak perlu adanya alarm, si adik dah kejut ibu bangun.
Adik kejut ibu?
Yelah ingatkan hari cuti bole le bangun lelewat atau pun tidur semula.
Jangan harap lah ye.
Bangun pagi mesti adik cari makanan.
Breakfast dengan kueh mueh serta milo suam dan teh o.
Sebelum tengahari adik minta kentang goreng.
Dan lunch pula dengan nasi lemak sambal sotong.
Hiruk piruk dalam rumah bermula di sini.
Ibu, kakak dan adik dok berkelahi.
Macam-macam lah aksi di buat kakak dan adik tu.
Sampai si ibu nie dah jadi Jane ataupun tarzan dah.
Tapi kami kelahi manja-manja gitu.
Nak tahu kan ramai orang sekeliling kata muka puan zai dan kakak serupa.
Dan orang tua kata kalau muka anak pompuan dan ibu serupa maksudnya panas.
Bila piker ye jugak sebabnya kami selalu berkelahi. Heheheh sekali lagi di ulangi kelahi manja-manja gitu.
Ye ke?
Berbalik pada citer kakak dan adik di hari sabtu ni fuuuhhhh kena banyak sabar lah.
Nak basuh kasut pun dok bergaduh dalam bilik air berdua.
Dengan jeritan si kakak dan adik bersulam bising-bising dalam bilik air tu.
Yang nak basuh cuma kasut sekolah nan sepasang tu.
Sabo je lah.
Kalau si kakak diam membaca, si adik sakat.
Kalau si adik sibuk menulis, si kakak pula menyakat.
Nama pun dok umah, so kena lah hadapi perangai dan telatah anak-anak.
Selama lebih 8 jam berada di luar rumah selama 5 ari seminggu berkerja, ini lah time nye kaum ibu hadap keletah anak-anak nie.
Ini baru dua hari.
kalau hari-hari camner lah.
Bila dah kat opis jadi rindu-rinduan nak balik cepat nak jumpa anak-anak.
Kat opis dok tenung je pic bebudak nie kat sebelah pc.
Hehehe macam-macam.
Kueh karipap,pulut panggang&kaswi.

Requested by Adik-kentang goreng pula
 Malam ini tengok AF9 konsert pertama.
Takat ni blom ada sapa-sapa pelajar yang puan zai suka.
Cuma yang suka sangat dan teruja tadi ialah masa hantu kak limah iaitu pelakon Delimawati naik pentas selepas salah sorang pelajar habis buat preformance.
Hehehehe gelak sorang2 jer.
'Jit-jit semut sapa sakit naik atas'
'Kite bako jer'
Pastu penonton buat aksi tangan macam Usop Wilcha yang femes tu.
Tambah seronok bila tgk persembahan Dina dan Zizan masa dorang nyanyi lagu 'Selamat Tinggal'.
Fewitttt...
Wokeh lah buat hari ini.
Nak tahu sekarang masa buat catatan nie, anak-anak dah tido.
Mungkin penat bermain dan bergaduh adik beradik je sepanjang hari.
Jumpa esok ye.
Wassalam.
Puan zai...

p.s-esok rancang nak nengok wayang, itu pun kalau cuaca mengizinkan. Dan sekarang suasana sunyi-sepi so bole la nak ngadap novel pulak lepas nie... baiii....

3 comments:

Kak Aya said...

rutin di hujung minggu bagi ibu, mcm tu la ye....tengok gelagat anak-anak , kejap baik, kejap gaduh..

ct N honey said...

2 orang boleh lagi,skrang ni ct ada 5 orang dlm rmh..bukan mcm jane dan tarzan lagi dah...boleh naik darah tinggi wo...

Jendela Hati said...

Kak aya/ct N Honey: ye lah mcm2..