Thursday, April 21, 2011

Diriku dapat awards dan tag dari Kak Aya

Assalamualaikum. Lama jugak termenung nie. Tak tau nak buat bila ada orang tag camnie. Bukan apa sebenarnya memula tak berapa paham pasal tag atau award-award nie al-maklum le bukan cerdik IT hehe. Kira ini second time puan zai di tag. Dulu pernah ada orang bagi awards tapi lupa katner haiii dah tue benar umur nie bole je jadi lupa. Minta ampun dan minta maaf lah memang puan zai tak reti bab-bab cengini. Tak apa nak marah pun marah lah. Tapi minta maaf le bebanyak ye kengkawan. Kat opis memang diri terjerumus pada PC dan system yang pelbagai tapi bukan lah terer cam kengkawan. Kat opis pun alahai buat minute meeting buat, minute meeting atau buat report, nak advance daripada itu takde. kuikuiii. Dah cuba belek-belek mencari katner puan zai dapat awards tu tapi mata nie tak dapat nak detect katner dah huhu. Jutaan terima kasih buat kak aya yang telah tag puan zai nie. Hmmm camner nak mula nie... aiiii... termalu la pulak ye. OK lah... puan zai try atau 'eden torai' jawap ketiga-tiga soalan kak aya tu ye.
Soalan pertama:
1. Kenapa anda berblog?
OK... kenapa ye puan zai suka berblog? Asalnya puan zai seorang yang suka membaca. Tak kira apa juga bentuk tulisan dan buku pun puan zai boleh mengadap. Selain itu suka ya amat menulis segala luahan yang pelbagai bentuk luahan pada buku atau pun diari. Segalanya berada di dalamnya. 1st time bila tau dunia blog nie serius puan zai katakan yang puan zai amat dan teramat segan dan tak bersedia untuk buka account blog dan menulisnya. Tetapi bila dah terlentang di depan mata blog-blog, adoiyai dah jadi blog addict lah pula pada blog nie. Jika kak aya dan semua nak tahu, apabila dapat membaca blog sahabat-sabahat ini, ianya seakan satu bentuk atau cara puan zai bersantai atau relax setelah penat berkerja di siang hari dan mengambil masa terluang ini menerokai alam blog orang lain yang mempunyai pelbagai watak, warna dan cerita di dalamnya.
Soalan kedua:
2. Berapa lama masa yang anda untukkan untuk blog setiap hari?
Sebolehnya puan zai akan cuba meng'on-line'kan diri setiap hari untuk berblog ini. Sejak hujung tahun lepas hingga lah sekarang apabila telah aktif mengiatkan diri dalam bidang blog ini, puan zai semakin teruja dan sangat-sangat suka untuk terus membaca hampir setiap hari. Jika tiada berkesempatan sehari, jiwa seakan memberontak mahukan mata, hati dan perasaan ke blog. Cewahhh... dah menyimpang jauh pula ye. OK lah... Masa yang puan zai peruntukan tidak lah terlama. Tengok pada keadaan. Kebiasaannya puan zai akan berblog sebelah malam kerana sebelah siang puan zai sibuk di opis. Kat opis tiada kemudahan intenet nie kecuali selepas 6pm setiap hari. Kecuali lah kita bawa laptop dan broadband sendiri, ha tang nie buleh lah berblog kat opis. Dan paling penting sekali ialah setelah:
  • semua kerja rumah selesai,
  • setelah anak-anak makan malam,
  • setelah keje sekolah anak-anak siap,
  • atau setelah anak-anak nyenyak tidur...
---> barulah puan zai akan mengadap blog dengan hati yang tenang. Jika tidak, idok le teman meng'on' laptop ini udahnye. Leceh bebenor kalau anak-anak kacau bila ibu nak on line. Nanti akan keluarlah statement dari mulut anak-anak macam puan zai nak baca novel tu "Ibu nie asyik-asyik baca novel' atau 'Ibu shutdown ibu shutdown'.
Soalan ketiga:
3. Selama berblog, apa kah faedah yang anda dapat?
Apa faedahnya? Kalau nak cerita faedah tak cukup screen laptop ini nak type apa faedahnya hehehe acah jer. Banyak le faedahnya iaitu antaranya : dapat ramai kawan lebih-lebih lagi kaum yang bergelar ibu jua, dapat info-info yang berguna, dapat menimba pengajaran atas pengalaman atau kehidupan orang lain. Di sini bukan maksudnya puan zai ini suka sibuk hal orang. Kadang-kadang jika mata dan hati ini dapat melihat dan tahu tentang keadaan orang lain atau mencuit walau sedikit pengajaran hidup orang, itu sudah cukup untuk kita mematangkan diri sendiri bukan sahaja diri sendiri malahan orang-orang di sekeliling kita.

Jadi, inilah yang dapat puan zai coretkan untuk kali. Terima kasih kak aya. Dan terima kasih buat semua yang sudi singgah sini. Sehingga berjumpa lagi esok. Selamat bersama keluarga dan assalamualaikum semua.

Puan Zai... yang dah di-tag...
Adik pun nak berblog ke?