Thursday, April 14, 2011

Cuti sebab jumpa doktor Adik

Assalamualaikum. Hari ini hari khamis puan zai cuti sebab bawa adik ke Institut Pediatrik, HKL untuk medical check-up dengan doktor respiratory (paru-paru). Adik berjumpa team respi nie adalah salah satu team doktor pakar kat sini selain kena berjumpa dengan doktor E&T (check tonsil) pada bulan May nanti dan doktor surgical (Repair TOF masa baby) pada bulan November nanti.

Kali ini kami gi berdua aje sebab kakak arini sekolah seisi pagi. Appointment adik pun jam 9am. Tak boleh lah kakak ikut. Pepagi adik dah tak sabar dah nak ke hospital walaupun dalam masa yang sama dia bertanya kenapa tak boleh sekolah arini. huhu. Sempat kata kat ibu yang adik nak sekolah esok yakni hari jumaat. Mesti teringat kengkawan kat sekolah tu. Ye adik... arini je cuti esok adik sekolah lah ye.


Dalam kurang dari 2 jam dari time register tadi, kami dah jumpa doktor. Consider cepat lah tu kalau kat gomen. Kat sini pun selesa. Banyak tempat duduk. Ada pot kanak-kanak bermain sambil menunggu.Ada air-con dan tak panas. Takde lah ibu bapa nak kalut-kalut. Yelah time nak tunggu je yang buat anak-anak tak sabar nak balik.

Soalan rutin doktor pada puan zai di jawap satu persatu. Keseluruhannya mengenai Hyper Airway Desease adik ok-penafasan tiada berbunyi, tiada masalah tido, tiada masalah makan, dll. Adik pun tiada masalah bila doktor check paru-paru adik. Cuma sebelum beredar doktor pesan kat adik supaya adik makan banyak ye untuk tambah berat adik yang kini 14.8kg bagi adik yang berumur 5 tahun nie.

Doktor tanya adik minum susu apa dan berapa kali ambil sehari? Puan zai jawap masih amek susu Pedisure (team doktor surgical yang suggest sejak adik umur 1 tahun) dan adik minum susu 2 kali sehari yakni waktu petang dan malam-selalunya sebelum tido. Doktor pesan kalu boleh bagi je 4 kali sehari. Hmmm untuk susu adik nie kalu beli kat kedai sinseh pun RM66 untuk satu tin 900g. Tesco? kalau kat Tesco RM69 dan kalau JJ? RM70. Kalu pek dulu kat kedai Sinseh pun bole dapat se-tin dalam RM54. Renung-renungkanlah kengkawan eh tak, tak, puan zai yang termenung sejenak nie.
 Sebelum amek appointment date selepas 6 bulan (iaitu bulan october baru jumpa doktor respi balik) puan zai ada beritahu doktor yang anak bujang nie kalau tido ataupun sendawa dia mesti mendongak ke atas. Seperti pic di atas nie lah. Dulu tak kerap sangat tapi sekarang nie adik kerap sendawa selepas minum air dan akan sendawa secara mendongak ke atas. Puan zai tanya adakah itu normal, elok atau tidak? Adakah kerana selepas repair TOF (Tracheo-oesophageal-fistula iaitu saluran makanan) tu adik jadi macamtu. Doktor kata ada elok dan tak elok tapi jika dia ok dan selesa begitu tak pa lah tak jadi masalah.
 Nie pic masa tunggu giliran. Masa nie ada lebih kuang 10 orang di hadapan. Selepas register tadi kena bayar RM5 (sebab kite pekerja swasta) dan terus ke bilik timbang (14.8kg) dan ukur ketinggian (101.5cm). Letak je kad appointment kat dalam bakul depan pintu bilik doktor, terus adik ajak ke HospMart nak beli biskut dll. Sambil tu adik mintak air kotak milo dua. Aik kenapa sampai dua? Adik kata satu untuk adik dan satu untuk kakak. Laa kakak kan takde adik, kakak kan sekolah. Adik kata nak minum kat umah dengan kakak bukan kat sini. Adik ingat jugak kat kakak ye.
 Dah start borink dah tu. Mula belek-belek beg.
 Dah buat aksi kuak lentang.huhu.
 Tenung kaler yang baru beli semalam.
Disebabkan 'driver' tak de masa nak jemput balik dari hospital arini, kami terus je tahan driver taxi dan terus ke UO kat chowkit. Antara Institut Pediatrik ke chowkit dekat je jalan kaki. Tapi puan zai rela bayar RM3.40 ke sana dari kena dokong adik sambil jalan kaki di panas terik dan berbahang nie. Tak rela beb senak perut mendokong nie. hehe. Singgah di Kedai Hari-hari kejap dan terus tapau makanan.
Haaaa dah lama tau tak pekena mee kari dan ABC nie kat kedai nie. Sedap sangat. Hmmm ye betullll... hehehe.
Wokeh laa kena stop ber-entry nie. Time untuk ber-blogwalking. Harap-harap tak lah slow tenet nan satu nie. Dah lama tak membaca blog kengkawan. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam...
PuAn zAi... yang gile ber-blog.


 

2 comments:

Bee said...

alaa tengok gambar mee kari teringin sudah ...nakal yer adik cam anak bee jugak layannnn :)

Jendela Hati said...

mee kari nie the best ler puanbee.. nakal?emang le kena byk sabar nak layan si adik nie...