Dah macam dalam program tv Raya Sakan Nabil pula ek puan zai nie. Time raya nie rajin je nak update blog walaupun jam dah tengahmalam.
Walhal siangnya penat beraya bila malam pas tetamu yang datang beraya malam nie sempat je online. Alah lagipun bukan nak taip banyak-banyak pun, cam biasa nak tayang pic aje.
Hari raya ke empat nie, kami berkonvoi dengan 3 buah kereta ke rumah saudara di Senawang dan Semenyih. Mulakan perjalanan pada sebelah pagi. Cuma sempat gi dua rumah aje.
Lagi satu rumah iaitu 'rumah' last sekali ke 'restoran mamak'. Mak aiii cam tak caya je kan kitaorg nie? Yelah mungkin makanan yang di jamah di Senawang tu bila sampai KL je makanan tu dah hadam, akhirnya ke kedai mamak jua di cari hihihi.
Pose depan rumah tuan rumah dulu...
Memulakan perjalanan ke Senawang dengan senyuman.
Dan juga memulakan perjalanan dengan bantal...
Menjamu kueh mueh raya...
Kueh paling best kat sini. Samperit paling best...
Lauk pula memang menyelerakan. Gulai ayam dan kentang, pucuk ubi celur goreng, ikan masin dan sambal. Air pun best.
Tengok lah kakak tu selera asyik minta tambah gulai ayam aje.
Adik pun sama. Selera dengan lauk yang di hidang. Tapi makan suap lah. Ngada-ngadaaa...
Kalau nak tahu, tuan rumah tauke brand tupperware. Memang dia buat bisness tupperware nie dengan serius. Ada macam-macam tupperware kat sini. Kalau nak amek je nanti bayar. Dia emang bole ingat berapa harga setiap tupperware yang dia jual. Naik juling mata puan zai tengok tupperware yang ada pelbagai jenis dan kaler. Tapi tu lah cuma tengok je. Budget no more hehehe. Adik dan makcik ada lah amek. Semua perkakas dalam umah dari pinggan, bekas lauk, gelas, jug hingga lah ke bekas kueh semua brand tupperware tau. Kelasss....
2nd rumah, kami gi ke Semenyih. Hidangan nasi lemak sambal sotong pula. Tengok aje kakak tu makan lagi... depan kakak gelas air oren tu ibu yang punya hehehe.
Adik? Adik pun sama. Baru lah nak cari nasi. Risau dengan adik asyik tak nak nasi. Last-last makan jugak adik.
[Ibu nie asyik-asyik amek gambar...] Opssss...
Peace yooo...
Sebelum balik kl, singgah kat Pasaraya Borong Sakan kat Semenyih tu. Kalau balik kampung pun selalu gak singgah sini untuk berborong sakan... Adik tengah usha pensil. Si kakak tengok tak senang duduk nak memilih kehendak ati.
Seperti biasa kakak memilih getah rambut. $$$$$ pun abes dalam RM30. Semua barang murah-murah. Ada pakaian kecik pun sehelai RM1.90 kekekek... berpatutan lah semua barang-barang lainnye.
Dah sampai kl, kereta depan call ajak singgah makan kedai. Laa tak kenyang-kenyang lagi ke? Yelah makanan tu dah hadam awal masa kat Semenyih tadi kot. Sampai kl rupanya anak-anak pun lapar. Kakak makan magi goreng 1 pinggan setengah. Siap amek ibu punya makan. Adik lak makan tose sekeping. Di ulangi sekeping. huhu...
Tadaaaaa... licin uolsss... adik habiskan tose dan barli suam segelas. Kakak magi dan teh o aisnye...
Start je malam ada tiga trip datang rumah. Masak pun simple-simple sebab kami sampai rumah pun jam 6 petang. Si adik tu menyelit kat sebelah paklang dengan botol susu dia. Tak maluuu... Time ni sebenarnya adik nak tido. Buat susu nak bagi dia lena. Tapi bila dengar bising-bising kat hall terus nak menyibuk dengan botol 'cantik' dia tu...
Fuuuhhhhh arini dah masuk hari ke lima syawal kan? Sekejap aje kan? Lagi dua ari je bole nak dok rumah bercuti. Malas rasanya nak keje next week maklum la mood raya masih ada... dan kaki nie nak ikut jer jenjalan beraya walaupun tau penat bila dok berjalan nie. Yelah bila sampai rumah sambut tetamu lak. Tapi itu semua rezeki akan masuk. Ye tak?
Stop sini dulu ye... update untuk raya kelima esok pulak...
Wassalam.... dari Puan Zai...
2 comments:
kemeriahan raya pada kunjungan tetamu,... tanpa tetamu tentu sunyi .....
Zul PB: sambil makan sambil borak2 brtanya kabar... makan2 minum2..
Post a Comment