Hari ini puan zai bercuti sempena menghantar adik ke Pediatrik Institut di HKL. Appointment jam 2. Sampai di hospital jam 1.15.
Sesampai di kaunter pendaftaran terus tekan butang no untuk 'kes ulangan'. Lebih kurang ada 26 orang di hadapan no puan zai.
Selepas daftar dan membayar RM5 terus ke bilik timbang dan ukur. Nampaknya ada 14 no di hadapan adik. Tak la lama sangat menunggu nie. Telaah sendiri betul, tak sampai 1 jam adik dah masuk ke bilik doktor di bilik surgical no 1-4.
Alhamdulillah, setelah selesai pemeriksaan seterusnya adik kena jumpa doktor selepas enam bulan. Jika enam bulan akan datang adik terus-terusan ok, appointment akan di buat selepas setahun. Maknanya adik akan jumpa pakar surgical setahun sekali nanti.
Adik nak jumpa doktor...
Kakak sebagai bodyguard sebab kakak cuti sekolah arini, so boleh joint adik ke hospital.
Sambil tunggu doktor, pekena jagung rebus dulu. Makanan femes kat hospital.
Bekal dari rumah pun tidak di lupa. Bawa air masak dan kueh raya untuk kunyah-kunyah. Kakak yang siap kan bekal tadi.
Selain tu beli roti dan cekelat.
Dalam bilik doktor.
Buku hospital adik pun dah tebal. Doktor sedang study isi kandungan buku adik kejap.
Baring kejap untuk doktor periksa.
Excited adik nie, tadi belum doktor bangun dari kerusi adik dah siap-siap baring atas tu.
Seperti biasa selepas jumpa doktor adik, kakak bersuara nak makan tengahari. Walaupun jam dah menunjukkan 3.30pm, nasib masih ada lauk peberet kakak. Kakak nie suka sangat makan kat kantin hospital. Kalau ada taugeh dan sirap bandung pun dah ok. Kadang tu siap tapau sirap bandung bawa balik.
Nyum nyum... adik cuma nak kueh aje. Bawa balik kopok lekor dan donut. (Tengok sirap bandung tu pun menyelerakan).
Ber-posing dulu kat stage kecil sebelah kantin.
Sebelum ke main entrance untuk balik, adik ajak ke bilik mainan. Dah lama adik tak ke sini. Selalunya gi sini masa adik dalam ward atau pun masa ada appointment je. Sebelum masuk kesini, Puan zai ada nampak di bilik sebelah bilik mainan nie, pihak hospital menyediakan bilik khas untuk pelajar-pelajar yang menduduki UPSR hari ini.
Sekian lah catatan harini. Doktor pun ada kata tadi adik ok dan tak banyak masalah. Lagipun berat adik pun naik sikit.
Yelah walaupun tak naik seperti kanak-kanak lain tapi memadai untuk kes seperti adik. Moga adik akan sihat dan sihat selalu. Sayang adik.
Wassalam.
Puan Zai...
p.s- esok nampaknya hari yang bz di opis. Semalam boss kecik dah minta tolong pindahkan semua barang-barang dalam bilik dia ke bilik sebelah sebab bigboss dah suruh pindah (boss puan zai juga). Boss kecik esok tiada di opis, satu minggu nie akan travel ke south pula. Huhuhu... Tata jumpa lagi esok ya! Makaseh...
5 comments:
kita pun ulang datang sini.
adik sakit apa tu ? sampai kes ulangan?
Kakaya: makaseh kak aya... datang selalu tauuu...
puanbee: kat hosp ada dua butang no. satu 'kes baru' dan satu lagi 'kes ulangan'. adik kes ulangan sbb adik emang kena jumpa doktor yang operate adik masa adik umur 2 hari lg sbb masalah saluran napas dan saluran makanan adik.
Semoga adik terus sihat dan tak perlu jumpa doktor lagi. :)
Yati: InsyaAllah, skrg nie pun adik ok je... alhamdulilah...
Post a Comment