Sunday, September 4, 2011

Jalan, raya, jalan, raya...

Aik tukar tajuk je? Dah musim raya, pic raya je la yang dapat di tayang huhu. Borink? Jangan le borink. Ini je yang puan zai dapat hidangkan untuk kengkawan alam maya.

Hari ini dah hari ahad. Kejap je masa berlalu kan. Dah seminggu menyambut Aidilfitri. Macam tak cukup je cuti nie.

Rata-rata rakan-rakan kat fb pun ramai mengeluh esok akan bermulanya semua aktiviti masing-masing termasuk anak-anak pun dah masuk sekolah. Tapi jangan tak tahu, puan zai esok masih bercuti. Hehehe. Nak relax-relax di rumah. Alahai buleh ke nak dok relax?

Semalam hari sabtu dan ahad memang berjalan beraya. Hari ini pun ada jua saudara mara dan rakan seopis datang, rakan dari Batu Caves. Semalam pun satu famili rakan seopis datang dari Bukit Beruntung.

Start dengan pic hari sabtu dulu. Semalam pagi gi teman abah beli makana ayam. Juga beli barang dapur sikit. Beli minyak dan milo serta beras. Tiga barang utama nie abes di Aidilfitri, barang yang kerap diguna. Kakak pula masa nie bad mood. Gi singgah kedai untuk breakfast pun tak nak. Pujuk pun tak nak. Last-last perut kosong sendiri.

 Adik makan tosai dan soya.

Atuk dan nenek. Lepas breakfast terus siap-siap nak gi beraya kat rumah yang berdekatan.


Raya rumah pertama di hari sabtu. Raya rumah orang adik bawa bekal ari masak.

 Dua beradik yang gi beraya.

 Beraya rumah kedua pula.

Baru nak senyum.

 Beraya ke rumah ketiga.

 Beraya di rumah keempat lak.

 Dah empat rumah dah penat. Cuaca kira terik gak. Setiap rumah pekena ais huhu.

 Makan kueh raya.

 Cukup lah beraya empat rumah. Balik rumah anak-anak tam sabar nak buka hamper. Semalam buka empat hamper dulu. Yang lain-lain tu kendian.

 Hidangan untuk dinner. Rakan seopis datang satu famili pada petang semalam. Hidang lauk mamak aje. Ada kari ikan tenggiri, telo dadar, ayam goreng berempah, sayur-sayur dan mee goreng serta nasi puteh.

 Ini lah rakan puan zai. Lain-lain department. Dahulu satu department masa jadi frontliner kat Sg Wang.

 OK, yang ini pic-pic hari ini hari ahad. Rakan satu department dengan kakgee yakni kakliza sefamili datang beraya. Wah masa nie adik dapat kawan lah. Seronok bermain berdua. Berpeluh-peluh berlari pastu dua-dua pandai amek air masak minum. Tengok kawan makan adik pun nak makan juga.

 Tengok tu siap golek-golek bergelak ketawa.

 Kakliza sefamili sedang menikmati meehon soup kat rumah adik perempuan puan zai... nyum-nyum puan zai makan 3 kali... makkk aiiiiii... bukan apa adik puan zai nie pandai buat cili kicap untuk meehon soup.

Malam nie kena tegas sikit soh anak-anak tido awal. Dah biasa bangun lewat seminggu nie nanti malas nak bangun pagi-pagi. Mula lah macam-macam drama terjadi di subuh hari ye tak. Kena stop dahulu di sini. Jumpa lagi esok ya!
Wassalam....

pUaN zAi...

5 comments:

Nur said...

Anak-anak juga yang best, dapat duit raya banyak, kan, Puan Zai. :)

Kak Aya said...

4 buah rumah sekali beraya....dapatlah kumpul duit raya byk2.

zul permatang badak said...

jalan .. raya...jalan raya...itu yang letih...yg penting ziarah, mengeratkan hubungan persahabatan......

tuan rumah pun seronok, ada kunjungan tetamu......baru lah hari raya tu meriah......

ct N honey said...

meriahnya raya,klu ddk satu taman nak gak gi beraya rmh pzai,dpt mkn sedap2.he.he.he

Jendela Hati said...

Yati: itu le, si kakak dah pandai bab duit, si adik bole bodek2 lg heheh

Kakaya: jenjalan sekali, asik dok umah je hehe

Zul PB: betul tu ziarah yang penting, paling penting kena jumpa atok kesayangan dulu. raya emang penat tp seronok dpt jumpa semua

ct N honey: hehehe ct kalu dok jauh pun boleh datang umah sy... bentang kapet merah nie...