Assalam semua. Selamat hari raya, selamat hari kemerdekaan dan selamat hari Malaysia. Perghhh 3 in 1 tuh... best-best.
Apa agenda anda hari cuti nie? Rata-rata pagi tadi semua mata tertumpu di depan kaca tv menonton siaran langsung Hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Ada juga yang pergi menonton secara langsung di depan mata seperti adik perempuan saya dan famili dia. Puan zai tak gi lah sebab petang tadi ada agenda penting juga.
Seorang sahabat baik datang dari jauh dari Sg Petani nak beraya dengan puan zai di sini. Dia datang sorang aje tak bawa suami dan anak-anak lagipun esok dia ada re-union dengan ex-student sekolah dia. Pagi tadi dia sampai dari Sg Petani dan kami berjanji nak jumpa selepas orang sembahyang jumaat.
Lama tak jumpa, sungguh sangat teruja nak jumpa dia. Kakak ingat-ingat lupa kali terakhir bila kakak berjumpa dengan kawan puan zai nie. Banyak sangat soalan yang kakak tanya. Dah macam wartaman pun ada masa kawan nie belom sampai.
Hanya sebab masa mencemburui kami, kami cuma sempat makan dan jalan-jalan di sekitar Sogo Jalan TAR dan juga Semuahouse. Dia pun datang KL banyak agenda sendiri. So, masa yang ada kami gunakan untuk bertanya kabar, bersembang, makan dan gelak-gelak hehe.
Ini lah BFF puan zai dari Sg Petani. Alkisahnya masa puan zai mula keje di company tahun 1996 puan zai satu department dengan BFF nie. Pada tahun 2004, dia mohon berpindah ke branch Sg Petani untuk menjaga mak dan ayah yang sedang uzur. Berpisahlah puan zai dengan BFF bila sudah berlainan department sekarang.
Pada 16 September 2011 sempena Hari Malaysia ini kami bersantapan di Restoran Insaf, Jalan TAR setelah lama tak pekena beriani di Insaf.
Kakak dengan BFF puan zai.
Kakak order jus tembikai.
Berseleranya kakak makan. Yelah jam dah 3.30 petang, mesti lah semua lapar sesangat. Lagipun ujan lebat sesangat time nie.
Menu: Beriani dan ayam goreng, dalca dan papadom. Air lak teh o ais dan nescafe o ais. Kami jumpa semasa ujan turun dengan lebat dengan perasaan sayu dan gembira.
Pas makan. Gi jenjalan ke semuahouse sebab BFF nak cari baju. Si kakak peneman setia dok bagi komen baju yang BFF pilih.
Bodyguard kecil.
Penat jenjalan, singgah kat foodcourt kejap untuk membasahkan tekak.
Ramai orang kata ini adalah copy and paste. Hmmm...
Kejap je jumpa... tak cukup rasanya. Nanti lah kalu ada rezeki puan zai nak sangat ke Sg Petani pastu nak soh BFF bawa jenjalan ke Penang pulak. Hehehe amboi...
Wokeh, stop sini dulu. Esok sambung lagi dengan entry yang lain. Tata.
p.s-Esok ada BFF seorang lagi nak datang dari JB. Pagi esok nak sediakan apa yang patut. Masak apa yang patut. Tetamu datang dari jauh, tak sabar nak tunggu siang.
Wassalam.
Puan Zai...
1 comment:
Abu Idris: Makaeh singgah sini. Asal kan keluarga, saudara dan sahabat handai yang kita sayangi dan cintai tidak berbelah belah...
Post a Comment