Thursday, September 29, 2011

Gejala angin...

Antara gejala angin ialah:

Kerap buang angin
Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih, daripada itu ia di kira keterlaluan.
[Ishhh kalau lebih sangat, gas itu menyesakkan nafas hehe]

Kerap sendawa
Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.
[ini lah gejala dinamakan makan angin lah nie ek]


Kembung
Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.
[mau tersekat nafas kalau perut kembung nie]


Sakit perut atau rasa tidak selesa
Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin di tafsirkan sebagai penyakit jantung dan jika di sebelah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.
[ye jugak, satu keje pun tak boleh buat jika perut tak selesa]



[Makan, makan, makan]











Info sumber dari MW.

6 comments:

Kak Aya said...

gejala-gejala tersebut selalu menyerang kak aya ni ...

Bee said...

nak buang semua ni minum teh hijau suam tanpa gula ehehehe

MulutPayau said...

adoiiii...mmng susah kalu perut msuk angin...

Jendela Hati said...

Kakaya: sama lah kite kakaya hehe

Puanbee: sy emang suka teh, teh boh

mulutpayau: tu la MP, seksa rasanya...

Totie@Tomy said...

saya pun selalu kena..terutama sekali kalau over makan..hehe pastu makan tak ikut time..

Jendela Hati said...

Totie@Tomy: serupa la nie, kalu kena je jumpa doktor je mesti doktor sound hehehe