Sunday, September 11, 2011

6.30 Club Merdeka Raya...

Ini pic yang puan zai amek kelmarin kat opis masa company anjur kan '6.30 Club Merdeka Raya'. Selepas opis hours ada makan-makan untuk semua staff.

Jom....


 Posing dengan puan atun.

 Yang ini cik Nurul. Kedua-dua mereka satu department dan kami semua satu division.

 Cantek senyuman tuu.

 Full house. Depan selang dua meja tu meja VIP-top management. Bigboss puan zai pun ada tapi dia makan mengadap ke depan.
Selain ada makan, ada juga 20 cabutan bertuah yang merupakan hamper makanan dan barang elektrik.
Bukan itu sahaja, Best Dress Hari Raya pun ada...

 Sori le camera tak bawa, so hp nie pun ala-ala. Pic tak terang. Ini Best Dress Hari Raya lelaki.

Dapat amek pic untuk dari belakang, maklum lah duduk kerusi belakang DJ. Yang ini menang Best Dress Wanita.


 Tengahari tu dah gi makan kat rumah kawan so petang nie macam full pula perut. Ini je yang dapat di jamah. Satay, creampuf (ini emang peberet puan zai) dan tepung pelita serta laichikang dan sirap.

 Cendol. Emang best lah. Kami amek 3 mangkuk sebab tiga orang tapi yang dua mangkuk puan zai abes kan...

 Mari-mari tengok satay yang di bakar di situ jua.

 Kat sini ada macam-macam. Laksa, mehon soup dan lain-lain. Puan zai cuma amek gambar je...

bahagian sini nasi-nasi. Ada nasi tomato gak dan lauk-lauk. Amek pic jer. Jalan-jalan tengok-tengok.
Pagi-pagi kat rumah dah bz nak buat persiapan nasi beriani, dalca,ayam masak merah dan jelatah untuk tetamu yang akan datang beraya harini. Ada 5 trip nak serbu rumah. Kebanyakan harini adik beradik mak dan kengkawan.

Kami tak buat lah openhouse. Ada kawan atau saudara nak datang beraya masak je apa yg patut. Nak buat open house tak larat lah... walau seronok, penat tu tetap ada. Apa-apa pun mak abah sebenarnya suka orang datang beraya dan lagi murah rezeki kalau ada tetamu datang dan masuk ke rumah. Tak gitu?

Cukup lah tayangan pic makanan arini. Jumpa esok tau.

Puan Zai...

p.s - esok je lah tayang nasi beriani. Tapi jangan jemu puan zai asyik-asyik, makan, makan, dan makan. huhuhu...

Tata...

2 comments:

Nur said...

Bestnya tengok sate tu. Peberet Yati tu. Hehe..

Jendela Hati said...

Yati: emang best time nie sbb bakar masa tu gak...