"Wei lepas budak-budak habis teakwando, kita share beli kek dengan kfc untuk Mak nak tak?" Sayup suara adik perempuan puan zai memberi cadangan di hujung talian. Cadangan buat makan-makan sempena Hari Ibu hari ini untuk mak yang kami amat-amat sayang. Rumah puan zai dan adik nie bukan jauh, selang dua rumah aje. Selalunya macam tu suka calling-calling.
Terus puan zai bersetuju dan putuskan talian.
Selesai tunggu selama 1 jam setengah budak-budak habis teakwando, terus ke kedai untuk membeli apa yang patut. Bukan nak buat majlis besar pun. Gathering se-famili, saja suka-suka nak mengembirakan hati Mak.
Menu makan tengahari sudah semestinya KFC, kek dan nasi lemak buatan sendiri. Kakak sampai tak bangun-bangun ngadap makan nasi lemak sampai 3 kali tambah. Tulah agaknya nasi lemak akan di 'mansuh' kan di sekolah sebabnya kanak-kanak memang suka nasi lemak yang menyebabkan obes. Apa-apa pun sebenarnya semua orang pun suka nasi lemak. OK lah untuk hari ahad ini. Sehingga berjumpa pada esok hari. Baiiiii....
p.s - malam ini tak tau kenapa tak boleh masuk pic bebanyak. Puan zai tak kira... nanti puan zai edit balik dan masuk kan pic dalam nie. hehehe...
Puan Zai...
4 comments:
terliur tengok kek.
seronoknya dapat makan2 ngn ibu dan famly...
Selamat Hari ibu....
Meriahnya makanan. Happy mother's day
Kakaya: kek biasa je kakaya...
Mulutpayau: Sekalisekala makan reramai.
AzreyRozieEiman: yg meriahnya orangnya hehe...
Post a Comment