Hari ini puan zai amek cuti untuk menghantar adik ke Jabatan / Klinik Otorinolaringilogi, Hospital Kuala Lumpur. Ini adalah kali ke 4 adik ke sini untuk medical checkup untuk 6 bulan sekali. Alhamdulilah tonsil adik nampaknya OK dan tidak ada masalah. Dan dengan itu adik perlu datang untuk ulangan pada satu tahun akan datang. Seketika dahulu adik dikehendaki berjumpa dengan doktor ENT ini kerana tonsil adik yang bengkak yang menyebabkan adik demam dan boleh membuatkan sukar bernafas. Setelah melakukan 'Sleep study' ataupun Overnight pulse oximetry dengan mengunakan mesin dan wayar di pasang pada adik semasa waktu tidur adik iaitu pada Januari 2010 di ward Pediatric selama satu malam, nampak result adik memuaskan. Dan tiada pembuangan tonsil di lakukan selepas result di keluarkan. Cuma doktor menyarankan agar kami memantau kesihatan adik. Lagipun puan zai memberitahu doktor yang adik masih ada appointment dengan pakar lain iaitu dengan pakar surgical dan pakar respi di Pediatric, HKL. OK lah buat ulasan hari ini. Jom ler jenguk-jenguk pic.
Sebelum gi register, singgah kantin HKL untuk sarapan. Tak selera nak jamah makanan berat, puan zai beli kueh je dgn nescafe ais. Adik pula nak sandwish dan kueh pelita serta buah. Buah yang adik jamah dulu. Sementara tu ada cekodok yang di bawa dari rumah sebab kalu borink puan zai sumbat je mulut adik dgn makanan.
Dah buat muka cemberut.
Keboringan sedang melanda.
Hah amek kau... sampai dah terduduk kat bawah tu. Kotor! (suara Jane tarzan terdengaran perlahan dan sayup)
Makanan yang adik minta masa singgah di The Mall (atau dulu di kenali dengan Yaohan).
Sesampai je di rumah, perut dah meminta makan tengahari. Mak buat rendang daging (perghhh terbaek nok), pastu puan zai goreng tauhu cicah dengan kicap cili perah limau. Tak terlepas pandang, cekodok pagi tadi buat bekalan ke hospital.
Abes di sini je lah update untuk hari ini.
Baiiii...
Puan Zai...
7 comments:
bai budak2 kalau bosan gitu ler rupanya...
itu ler...asyik2 tanya bila nak balik...
samalah dgn ct kalau pergi mana2 mesti bawa bekal utk anak2,senang kalau lapar sumbat aje..video terkini pelajar Perempuan kena buli
syukurlah tonsil dah main menyusut...
ct n honey: ye lah sama lah kite, beg dah mcm beg deromon jer.
kakaya: Alhamdulillah kakaya, semakin OK nampaknya...
Cian adik. Semoga adik tak apa-apa dan sihat sepenuhnya.
Yati dulu masa pergi hospital dengan anak-anak, siap bawak buku color, pensel warna semua, nak bagi dia orang sibuk. :)
Yati: InsyaAllah moga sembuh. Kat HKL skrg tak la tggu lama cuma bg bdk2 terlampau lama tggu.huhu.
Post a Comment