Saturday, May 14, 2011

"Ibu, atuk nak belanja makan tosai..."

Assalamualakum.
Begitu ayat di atas, begitu lah kata-kata kakak pada ibu.
"Ibu, atuk nak belanja makan tosai yeah yeah..."
Bila dah kata nak pergi kedai atau nak keluar kebiasaannya suka betul budak-budak nie.
Riang ria aje tingkah mereka.
Paling suka kalau dengar perkataan tosai.
Dalam rumah ini dari orang dewasa hingga lah ke budak kecil, rata-rata suka akan tosai.
Tosai cicah kuah dal atau kari ikan atau chatni (kelapa parut).
Dari dulu emang suka menu nie.
Kalau tak makan kat kedai, bungkus bawa balik pun tak kisah. Tapi kena makan terus supaya tak sejuk.
 Besarnya tosai... semua order tosai biasa termasuk adik dan atuk.
 Adik tak sabar nak makan tapi ibu nak snap pic nie dulu jugak.
 Masa si ibu ini order tadi sebut 'tosai sardin'. Disebabkan salah pendengaran si pengambil order, yang sampai ialah 'roti sardin'. Hem... layan je lah...bismillah...
Mak puan zai pula nak mee goreng tapi "tak nak pedas, tak nak sayur, goreng kering aaaa" mak order. Memang mee goreng camnie yang mak suka makan. Perah limau sebiji.
 Sebelum menu sampai, adik layan documentari pasal panda. Terkekeh-kekeh gelak bila panda tu tergolek-golek atas rumput.
 Setelah mengalami kebahangan dan kepanasan serta jerebu yang teruk sepanjang hari tadi, hujan telah turun dengan lebat pada sebelah petang. Alhamdulillah dapat mengurangkan jerebu ini dengan air hujan. Tapi tu lah air minuman yang tetap di order malam ini ialah ais... neslo ais...sssss...
 Mak pulak order horlicks ais...sssss...
Adik pula nak barli suam.

Sampai aje di rumah, anak-anak sudah me'landing'kan diri atas katil.
Tika ini kakak sudah melayukan matanya sementara adik asyik kata:
"Shutdown lah ibu, shutdown..."
Arah si adik agar ibu cepat-cepat shutdown PC untuk tepuk dan temankan adik tido.
Sekian sahaja buat hari ini. Jumpa esok ya!

Wassalam.

Puan Zai...

3 comments:

zul permatang badak said...

tosai....ada kisah lucu mengenai tosai....
adik manis awak nak makan apa...tanya mamak........
toksir....jawab dalam loghat kelantan.....bermaksud tak nak,nak minum je....

nah tosai....makan lah...
oghe royat toksir.....adik manis bengang nak marah2....

mamak geleng kepala terus berlalu..

Nur said...

Tosei memang sedap. Tapi dalam family Yati, Yati sorang je yang layan tosei ni. Lagi-lagi ada kuah chadni. :)

Jendela Hati said...

Zul permatang badak: haha tergelak sy sorang2 baca citer lucu en zul nie. kdg2 dorang tak paham apa kita ckp bila order.

Yati: Tosai ni lembut. kdg ada yg terlalu masam. rata2 semua suka. sy pun suka kat kuah chatni nie.