Saturday, June 4, 2011

Tiada wayang, bergambar pun jadilah...

Kalau ikutkan plan cuti sekolah nie, ada jugak tempat-tempat yang ingin bawa anak-anak nie sempena cuti sekolah dua minggu. Kelas teakwando kakak pun cuti juga.
Salah satu plannya nak bawa gi tengok wayang.
Usah harap lah nak gi weekend nie. Orang ramai macam ulat kat MidVally tu. Dapat gi beli barang jadi lah. Pehtu ajak anak-anak bergambar kat tepi kapal Pirates of the Caribbean aje nampaknya.
 Bergambar dulu kat kapal besarrr.
 Bergambar pula kat kapal kecikkk...
 Yang ini kat Jack Sparrow's costume.
 Beralih pula ke Barbossa's costume.
 Yang kelakar orang bersilih ganti nak bergambar kat semua costume dan lain-lain barang. Haha terlampau orang masa nie. Yang ini kat depan Barbossa's sword.
 Kakak dan adik bergambar kat Zombie's pistol. Adik tanya "Zombie kg pisang pun ada pistol ker?" Hahaha...
 Penat bergambar terus cari makan kat Garden, JJ bila aunthy Fiza dah sampai. Kami makan berempat. Kakak dan adik makan nasi lemak dan rendang ayam. Ibu pula mee kari. Manakala sahabat puan zai makan assam laksa. (Maaf gambar takde sebab lapo sangat nak makan hehehe)
Sian anak ibu, letih dah tu. Masa ini ibu dan sahabat sedang mencari beg opis. Perghhh banyak pilihan tapi bole tahan harga nye mahal gak le... Last-last puan zai dapat beli beg dengan herge RM50.97. Manakala sahabat ini dapat beg dengan harga RM69.00 (lebih kuang lah hergenye).

Nak cari kasut susah sebab tak kena citarasa, sambil puan zai berkata "Kita punya kasut takde kat Midvalley, kasut kita suka semua kat SgWang". Hehe memang betul pun, kebanyakkan kasut kerja atau kasut jalan semuanya rata-rata puan zai dan kengkawan akan cari kat SgWang... hehe.
 Fuhhh letih juga jenjalan. Nak-nak kalu dengan bebudak nie. Si kakak mulut tak henti-henti nak tengok wayang. Tak pa la kakak lain kali kita gi ek. huhu...

Sekian....

Puan Zai... pUan zAi... puAN ZAi...

2 comments:

Bee said...

sg wang lagi byk pilihan kan..adei tp saya jarang kesana tk de org bawak

Jendela Hati said...

Puanbee: mmg betul byk pilihan, kalu xde kat kedai A bole gi kedai B. herge pun murah.