Tuesday, June 7, 2011

Ronder-ronder teman Atuk...

"Jom, gi ronder-ronder" Ajak ibu ini kat anak-anak.
"Nak gi mana ibu?" Kakak bertanya teruja.
Macam lah nak gi mana si kakak nie. Nak berjalan je.
"Gi amek ubat atuk hehe" Jawap ibu.
Hari ini jam 10.30 pagi gi keluar ke Batu 5, Jalan Ipoh nak amek ubat abah puan zai (inhaler) kat klinik kerajaan. Inhaler ini digunapakai setiap 3 jam sekali. Kena amek stok baru sebab stok lama udah habis. Puan zai tak turun dari kereta pun. Dok dalam kereta je. Cuaca hari ini amat terik walau jam belum pun jam 11.00 pagi.

 Sebelum ronder-ronder, pekena dulu nasi goreng + kobis goreng dan ikan bilis goreng kicap. Air untuk anak-anak milo panas.
 Jom ronder-ronder teman atuk...
 Lebih kurang setengah jam le tunggu atuk amek ubat (nenek yang teman atuk sebenarnye). Yang puan zai dan anak-anak lak tunggu dalam kerete je. Itu yang namanya ronder-ronder. Dari Jalan Ipoh tu terus ke Pasar Datuk Keramat sebab atuk ini nak beli cermin tingkap nako dalam 8 keping. Nak balik ke rumah, banyak juga kereta walaupun cuti sekolah. Almaklum le KL kan.
 Selesai dua urusan, terus ke kedai makan. Nak tapau nasi. Jam dah ke angka 1.30 petang waktu nie. Adik kata perut dah berbunyi. Bukan main adik. Jawapnya hari ni tak masak. Beli aje. Yang tu si kakak sibuk nak beli aiskrim depan kedai makan tu.
 Dah tapau nasi, singgah pula di kedai buah. Kedai buah nie harus di singgah untuk beli pisang dan mangga. Kakak pula nak tembikai. Amek setengah biji dalam 2 kilo bayar RM4.
 Sampai je rumah, bagi anak-anak makan. Tengok si adik tu bukan main nak tembikai jugakkk... Nah... amek sepotong je.
 Untuk minum petang, ngappp... kek pula, bila jiran sebelah bagi sempena birthday anak daranya semalam.

Esok dah start keje. Cuti dua hari nie tak cukup sebenarnya. Nak tak nak kena menghadirkan diri di opis esok. huhu...

Sekian... salam dari Puan Zai...

4 comments:

Tia said...

wah, happy family...anak2 penghibur hati

Azrey Rozie Eiman said...

Zai, ko tu kalau budak2 bagi minum milo PANAS... bagus. Tapi ibu dia mesti minum ada ais.. kan?!

zul permatang badak said...

kalau makan kat kedai senang...balik rumah tak payah masak...jalan2 ni memang penat.....

Tapi kami kalau kepantai.....bawa bekal....pagi2 masak......berselera makan dgn anak2....siap bawa ais...budu sekali....ulaman....

ada juga org memerhati.....mmmm buat tak kisah je....kalau dia datang ....hampir dgn kami.....kami pelawa je......he22

Jendela Hati said...

Tiraihati: ye ank2 penghibur ati. kwn gembira dan kwn gaduh. thanks datang sini.

Azrey rozie eiman: haha ank2 kena air panas. ibu dah ketagih ais.

zul permatang badak: segar mata tgk perktaan ais tu. mmg best gi pantai mkn bekal sendiri.