Tuesday, June 14, 2011

Rezeki jangan di tolak...

Tuan-tuan dan puan-puan,

Orang kata musuh jangan di cari.
Rezeki jangan ditolak.
Duit biar mencari.
Hutang bank biar berbayo...
hihihi...

Di kala tekak nak keropok, datanglah ia...
Di kala tekak nak kerepek, muncullah ia...
Dan di kala tekak nak dodol duriannn, terpacul lah ia...

 Keropok datang dari jauh. Dari Terengganu. Seorang sahabat bernama Rohaya memberinya. Dah goreng pun semalam. Dapat dalam satu bekas besar. Makaseh banyak ye sahabat...
Pada hari yang sama, terima rezeki pula dari kawan nama Hadijah. Kawan ini pula balik ke Johor weekend aritu. Ubi sambal. Ni buat kueh raya ok jugak nie.
Haa yang ini orang sebelah bagi. Dia ada gi Perlis. Bawa balik dodol durian. Perghhh best. Tapi puanzai makan satu sebab manisss. Puanzai tak suka manis sebab muka dah sedia manis, tak perlu tambah manis lagi hehehe hahahaa... teringat dodol nogori best jugak... makan dodol satu tapi minum air masak sebotol...

Itu lah, orang kata biar ramai kawan nanti 'ramai lah' ole-ole... cehhh camtu ke? Terima kasih buat kengkawan yang ingat pada diri ini. Kawan yang baek bukan sahaja sentiasa ingat kite malahan jadi teman di kala menangis atau gelak ketawa.

Sekian.
Puan Zai...

4 comments:

Kak Aya said...

murahnya rezeki,Puan Zai..

Unknown said...

fuh dodol..sedapnya..

ct N honey said...

dodol tu sedap...

Jendela Hati said...

Kakaya: alhamdulilah.
Abah khalisha: sedap... dh lama xmkn.
ct n honey: mmg sedap uolsss hehe

buat semua: terima kasih kerana sudi singgah blog puanzai ye. :)