Nak tahu minggu nie kat opis tu rata-rata boss-boss dalam bilik (5 bilik) semuanya gi travel. Outstation lor. Big boss travel ke East Malaysia. Boss kecik lak ke South (Jumpa Cik Rozie hehehe). Ada juga yang travel ke North. Semua nie dek kerana branch visit untuk product review.
Syok beb dari senin ke jumaat tak dak orang. Yang tinggal hanya kuli-kuli jer. Petang tadi ada yang baru sampai dari outstation tapi boss-boss puan zai, dua-dua masuk next week. Puan zai masih ada ari isnin untuk 'berparty'.
Nie citer semalam ler. Masa lunch puan zai kena kidnap. hahaha ye ye jer ek? Bak kata Nabil ML orang gemukz susah orang nak kidnap. Tak larat orang nak bawak lari ooiii... nak-nak kalau lepas melantak, mahu le piker seribu kali nak kidnap... lalalalalaa...
Sahabat yang kidnap puan zai nie dah 'retired' dari dunia perkerjaan. Dia sekarang housewife sepenuh masa. Tapi masanya terluang dengan buat kek dan biskut untuk di jual. Seorang sahabat yang suka buat bisnes dan amat rajin.
Sahabat nie minta puan zai teman dia ke Desa Pandan sebab dia nak anta kek ke rumah sahabatnya. Kebanyakan customer dia kawan-kawan jugak. Puan zai harap dia berjaya dan semoga sentiasa murah rezeki. Siang tadi dia ada msg rezekinya bertambah bila dia sedang bakar biskut yang orang order dan lagi ada kawan order biskut sugi dalam 250 pack. Alhamdulilah. Usaha lagi sahabat!
Seronok dapat jumpa. Sahabat yang bernama Shafinaz. Mulut tengah penuh, tak boleh nak senyum nampak gigi kekeke.
Seronok melayan Qaisara Darin (4 tahun +++). Sara nie sebaya dengan si adik tu anak puan zai. Adik lahir bulan dua 2006 manakala Sara bulan December 2006. Kalau nak tahu Sara (panggilan adik juga) sangat suka bergaya dan murah dengan senyuman. Si abang Ammar Ilhan Ferhad nie dah darjah satu.
Teringat masa 4 tahun lepas masa kami berdua nie satu department tapi lain-lain servicing branch sebagai frontliner. Dalam tahun tu macam marathon je bila ada di antara kami yang mengandung dalam tahun yang sama. Hah apa lagi pening kepala boss nak piker sapa kena backup untuk cover jaga counter bila kami gi maternity leave hehehe lepas sorang staff kat KLCC cuti dua bulan (dia bersalin bulan january), SgWang pula cuti bulan february (puan zai lah tu melahirkan si adik tu), lepas Sgwang, Subang pulak (Shafinaz lak) bila dah Subang, kepong lah pulakkk staff dia maternity... hahahah... nasib laaa...
Ok lerr... sampai sini je sambung esok ye... baiiii...
6 comments:
pandai kwn Pzai cari duit,best kan jumpa kwan lama. mengandung ni selalu berjangkit2...dan bermusim2..klu bekerja mmg pening boss nak cari cover
2 produk Taiwan dan produk Cosway ditarik balik kerana mengandungi DEHP
ct N honey:Nak bisnes kena rajin ct... hehehe betul tu mmg berjangkit...
oo inilah rupanya yang menjual kek butter tu ya?
kakaya: iye kakaya. perkenalkan...
baru nampak muka puanzai secara penuh hehee
puanbee: mmg penuh kan... hehehe
Post a Comment