Monday, June 27, 2011

Masak

Dua ari di ujung minggu, cuaca mendung aje. Sabtu mendung tapi tak hujan. Ahad mendung dari pagi dan hujan sebelah petang.

Tiada ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa marathon TV.
Dok rumah, masak le jawap. Perut asyik berkeroncong. Anak-anak asyik kata lapar.

Jom le tengok apa yang ada hari ini.

Cerita di hari minggu.

  
 
 
 
Semua yang di masak ada juga yang di petik di belakang rumah. Nenas ada sebiji, cukuplah masak gulai seperiuk. Yang lain-lain beli kedai. Ikan tongkol tu sekilo RM8.50. Beli dua ekor je dalam RM5.50.
 
Orang dalam rumah kalau ada ikan goreng sumbat emang sume suka termasuk anak-anak.
Makan ikan bertulang kena hati-hati. Tengok tulang dengan teliti baru masuk mulut. Kalau tak....
OK lah... salam buat semua...
Terima kasih kerana sudi singgah sini.
Wassalam.

Puan Zai...

3 comments:

Kak Aya said...

hmmm masa untuk menayang makanan....bestttt

zul permatang badak said...

kat dapur rumah saya tak ada apapun lagi.....kalau ada pun sisa nasi lemak yg beli kat hujung kampung pagi tadi......

dah jam 1 tghri.....hai tayang2...lauk terhidang pula...
lapar juga ni.....gulai nenas tu....
haa.....sedap...

Jendela Hati said...

Kakaya: huhu takde apa nak tayang selain makanan...

Zul permatang badak: Kat rumah pun kalau ada lauk, makan. kalu takde, goreng telo mata kerbau cicah kicap cili pun jadi ler.