"Tak... cuti sekolah" Jawap ibu.
"Ibu kerja tak?" Tanya adik lagi.
"Kerja..." Jawap ibu lagi.
"Kenapa ibu kerja, adik cuti?" Begitu lah hairannya adik bila tiba cuti sekolah aje adik bercuti tapi ibu kerja. Kenapa adik cuti sekolah tapi ibu tak cuti kerja? Agaknya itu menjadi persoalan di benak adik setiap kali cuti sekolah. Dan kakak pula...
"Ibu, esok kerja ke?" Tanya si kakak.
"Iye..." Jawap ibu pada kakak.
"Ibu tak pernah cuti masa kita cuti sekolah" Soal kakak tanpa jawapan. Eh ye ke? Hmmm...
Memang begitu lah yang akan keluar dari mulut anak-anak bila tiba waktu cuti sekolah.
Kasihan juga pada anak-anak bila soalan begitu acap kali timbul. Jadi, kali ini si ibu ini ambil cuti tahun selama 2 hari untuk dok sama-sama dengan anak-anak di rumah. Secara jujurnya si ibu ini akan amek cuti tahun hanya untuk medical checkup adik di Pediatrik Hospital. Jarang untuk cuti suka-suka. Maklumlah dalam setahun lebih tiga kali adik kena gi checkup. Belom lagi kalau adik kena admit di hospital. Yang lain-lain ibu ini akan amek cuti sempena cuti raya.
Seronok kalau cuti nie, dok lepak-lepak depan TV apatah lagi dok 'bergaduh' dengan mereka. Ada je nak di 'tarzan'kan mereka tu hehe.
Sarapan pagi di ari isnin nie dengan roti canai dan milo panas. Adik berkongsi roti canai dengan ultraman...huhu... nak sarapan pun nak main ultraman kakak kata.
Dah kenyang je, mereka meluru keluar rumah main badminton. Masa nie ibu pula mengemas, menyapu dan menglap ekon yang berabuk tu. Sempat juga kakak tolong mop lantai lepas ibu sapu pastu kacau atuk kat reban ayam masa atuk bagi ayam makan.
Masa gi kedai beli barang, sempat tapau pecal buat makan jam 10.00.
Kakak dan adik nie emang peberet pecal nie. Kalau buat sendiri mahu kakak makan berulang sampai lah pecal habis bawah tudung saji tu... hmmm rasanya dah lama tak buat pecal. Arwah mak mentua rajin buat kuah pecal. Bila bawa balik KL mesti buat pecal untuk anak-anak.
Yang ini lauk tengahari. Bahan asasnya mesti lah jering. Buat gulai jering letak ikan bilis je. Pastu buat sambal tempe dan goreng ayam.
Dalam bekas nie, makcik sebelah yang bagi masa time makan tadi. Dia pula buat gulai ayam + jering. Ayam tak nampak tengelam. Sodap jugak tu.
p.s - Arini tak gi mana-mana. Dok kat umah je. Apa lagi kalu tak marathon TV dari pagi. Petang tadi anak-anak menganga tengok citer "Night at the Musuem". Sekian. Terima kasih pada semua sebab sudi singgah sini.
4 comments:
byk lagi tak jering kat rmh tu?...
ct n honey: adalah tinggal sebaldi kecil setelah dibahagi2 ke umah sebelah2.
aii sedapnya pecal , teringin pulak rasanya huhu
Puanbee: kalau beli dua bungkus, mkn berebut hehe.. harus buat sendiri huhu
Post a Comment