Anak bujang puan zai yang sorang dah lama minta basikal. Susah puan zai nak tunaikan. Acap kali kuar permintaan itu dari mulut adik, reaksi puan zai hanya membisu. Bukan langsung tidak menjawap. Dah banyak kali tanya sampai tak tau dah nak jawap.
Untuk membelikan anak-anak basikal, emang kena piker banyak kali. Rumah kami bukannya jalan rata. Jalan rata yang boleh buat anak-anak berkayuh. Berkayuh basikal. Jalan ada pun jalan tar. Jalan tar yang tidak sesuai untuk berbasikal. Jalan tar yang penuh dengan kenderaan sama ada motosikal atau pacuan empat roda akan mengunakan jalan itu sebelum mereka masuk ke jalan kampung.
Untuk kakak semasa seusia adik, pernah apak dan atuk belikan untuk kakak. Masa tu ada lah dalam RM200++. Alah masa tu baru anak seorang. Excited anak sorang tu memang ada. Lepas basikal kakak yang apak beli tu buruk dan basikal kecil, atuk pula belikan kakak basikal. Kini giliran adik pula meminta. Hmmm... bila piker-piker macam tak adil. Camno nie?
Tak dapat basikal, basikal pak lang pulak adik nak naik. Pak lang tu adik lelaki puan zai no 3. Hah bukan paklang @ Hazama Kawtim AF9 tu tauuu... hwahwaa... Takat basikal tinggi tu je dik, lupa kan lah... kaki pun tak sampai... kena tunggu besar lah dik... mana nak dapat naik tinggi-tinggi tu...
"Adik nak basikal macam pak lang lah ibu, apak..."
Aduhai adik, adik...
3 comments:
Kesian adik ya....basikal tu tnggi sangat..mmng tak sesuai...Mmng kadang2 kita serba salah ngan anak2..tapi soal kselamatan harus diutamakan....
MP: Itu lah kdg kan sorang nak ini sorang nak itu... apa2 pun mmg utama kan keselamatan. sebelum jadi apa2 xbaek...
anak2 saya pun asyik minta dibelikan basikal tapi sampai skrg masih tidak ditunaikan
Post a Comment