Monday, July 16, 2012

Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri ~ Dzie Tyea


NKB: Novel Ku Baca

Sesuci Kasih Seorang Isteri
[Karya: Dzie Tyea]

"Kita cuma mampu merancang...
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."

Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.

Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? Siapa aku sebenarnya padamu?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Komen JH:
Novel ini puan zai pinjam dari seorang kawan di opis. Asalnya puan zai tertanya padanya kenapa novel ini elok terletak di atas meja di tempat kerja. Seperti tidak terusik langsung olehnya.

Kawan ini memang 'kaki novel'. Takkan novel yang baru di beli dibiarkan sahaja di atas meja.

"Saya baru baca beberapa helai dan saya tak berapa suka dengan banyak adegan 'manja' suami isteri, jadi saya stop membaca" Katanya.

"Awak ambil lah baca dan bagitahu pendapat awak" Sambungnya lagi.

Apalagi pembaca pun ambil dan mula membaca beberapa helaian terawal novel ini dan terus memberi komen awal pada si kawan.

Pembaca mulanya bersependapat dengan kawan ni. Memang banyak adegan 'manja'. Terlalu asyik dan terlalu banyak di ulang tayang. Boleh buat terasa mual. huhu...

Pembacaan di teruskan juga sebab alang-alang dah baca tu biar habis dan biar dapat di komen di blog sendiri.

Pada pendapat peribadi pembaca, novel ini memang menarik dan bagus dari jalan cerita. Banyak pengajaran dan pedoman hidup yang tertulis di sini.

Cerita poligami seorang lelaki yang sudah mempunyai seorang isteri yang taat, beragama dan cantek ini telah dipaksa berkahwin dengan seorang wanita oleh along iaitu abang kandungnya sendiri atas sebab hutang dan perniagaan haram yang si abang jalankan.

Di sini lah bermula perjalanan kisah hidupnya dan segala luahan dan perasaan seorang manusia, seorang adik, seorang ayah dan seorang suami.

Pembaca cadangkan agar semua peminat novel medapatkan novel ini dengan harga RM19.00 sahaja.

Selamat menulis kepada Dzie Tyea atau nama sebenarnya Siti Rudziah Jukim. Tabik spring pada anda kerana berjaya menghasilkan novel ini.

Next Novel: Maafkan Abang... karya Eyla Hime...

Puan Zai @ JH...


 

3 comments:

Suhana Shuib said...

Su pon suka sangattttttt baca novel.. kita share hobi yang sama la.. tapi buku ni x beli pon.. nti nak pegi cari gak lah..

Suhana Shuib said...
This comment has been removed by the author.
Suhana Shuib said...
This comment has been removed by the author.