Tuesday, May 29, 2012

Scooter...

As-salam...

Semalam puan zai cuti sehari je sempena cuti sekolah nie. Lagipun ada hal pagi semalam ada urusan hal insurance di UniAsia.

Isnin depan pun amek cuti sehari gak. Malas nak dengar si kakak komplen ibu tak penah amek cuti sempena cuti sekolah. Iyalah bukan nak gi ke mana pun dok umah aje. Atas permintaan si anak dara, si ibu pun bercuti lah.

Keluar berdua dengan si kakak aje semalam tu. Pas selesai hal insurance terus gerak ke Sogo sebelum balik ke rumah.

Tak larat rasanya nak bawa adik. Bukan apa adik tu kadang kala kalau berjalan asyik nak berdukung aje.

Sebabkan nak cepat maka adik di tinggal di rumah dengan nenek. Tapi sebelum puan zai keluar rumah, berkali-kali adik pesan belikan scooter (dah banyak kali mintak, dah berzaman pun). Puan zai selalunya hanya mengiyakan aje sebab memang tak nak belikan adik apa mainan.

Adik pula asik kata ibu dah janji nak beli dan ibu selalu kena tinggal adik kat rumah huhu...

 Kat Sogo semalam dok jenjalan nampak scooter nie... teringat kat adik.
Puan zai jarang belikan mainan untuk anak-anak.
Jika mereka 'memberontak' nak sangat mainan, puan zai akan bagi katadua... nak mainan ke nak alat tulis????
Lagipun adik jarang dapat mainan, jadi si kakak pilih kaler ini untuk adik.

 Sebelum pulang ke rumah, kakak nak makan MCchicken.
Ini emang perebet kakak sebab kakak kata kakak suka yang banyak salad.
Untuk adik kakak kata beli happy meal.

Sesampai sahaja di kawasan rumah dah nampak kereta adik perempuan puan zai and the geng. Datang sekeluarga menjenguk mak dan abah.

Cuti sekolah mereka 'balik kampung' di KL... hehehe adik dok Rinching, Selangor, kami pula dok KL... terbalikkan... mak dan abah dok di 'kampung KL'...

Punya lah mereka berempat cucu-cucu mak dan abah tu tak jumpa, dok ralit bermain sama sampai ke malam... huhu nasib la minggu cuti sekolah ek..


Sekian celoteh arini dalam label 'Cerita Si Adik'... jumpa lagi tata...


Puan Zai @ JH...




3 comments:

Deru Ombak said...

Salam zai..
bila cuti sekolah macam2 aktiviti anak tageh.. ehehe... ini pun la jugak masanya kan..

Jendela Hati said...

wsalam kakya... betul tu kak dan macam2 mereka buat cadangan nak pergi sana sini huhu

Ayu said...

Anak-anak nak bermanja lebih2 time cuti2 la kan?untung diorang dpt Mak yang baik mcm Pn Zai...:)