Sunday, May 6, 2012

Majlis Aqiqah Aisy...


As-salam...

Sambung lagi cerita kenduri yang kedua hari ini. Hari ini dok tayang gambar makanan je lah ye... i like hehe...

Selepas menghadiri majlis tunang di Kesuma Lake(boleh klik sini), kami bergerak pula ke Kampung Datuk Keramat untuk majlis Aqiqah cucu pertama paklang dan maklang puan zai iaitu Aisy yang baru berusia dua tahun.

Aisy bergambar dalam FB makcik dia... (puan zai pinjam kejap gambar nie).

 Kakak dan adik.

 Menu utama: Gulai kambing.
Dua ekor kambing di tumbangkan pagi semalam dan di lapah oleh paklang and the geng sebelum di masak sendiri oleh paklang.

 Hidangan lain-lain untuk majlis aqiqah ialah ialah nasi beriani dan nasi puteh, ayam goreng berempah, sambal goreng dan ulam-ulaman serta sambal belacan.

 Paling suka ialah sambal goreng.
Sedappp...

 Kueh pula ada kueh kaswi.
Sedap dan lembut.

 Nasi beriani.

Bab air puan zai buat... 
Air oren sunquick.
Biar kurang manis asal sejuk...

 Bubur kacang ijau.

 Kek span pandan.
Adik suka sangat, makan nasi pun letak kek span dalam pinggan dia.


 Haaa yang ini emang peberet.
Tepung pelita.
Kalau kenduri kat keramat nie, kueh kaswi dan tepung pelita mesti ada.

 Pehtu mengunyah anggur lagi.

 Ini pinggan puan zai, penuh dengan ulam.
Kalau boleh nak penuh satu pinggan ulam-ulaman.

 Masa kakak makan nasi, adik makan kek.

 Tetamu lelaki di luar rumah.
Maklum lah jam 5 petang, cuaca panas mereka dok di luar manakala tetamu perempuan makan di dalam rumah.

 Buat apa tu?
Kakak rajin menolong ibu kutip pinggan kotor untuk ibu basuh.

Nama pun kenduri kan...
Dah selesai kenduri, kena kemas balik.
Adik menolong menyusun perabot seperti kerusi masuk ke dalam rumah semula.

Aisy ialah anak tunggal adik sepupu puan zai nie.
Sepupu puan zai ini telah kembali ke rahmahtullah pada bulan februari yang lalu.
Telah 3 bulan arwah pergi.
Puan zai rasa sayu pula.
Semoga rohnya di cucuri rahmat.
Al-fatihah.

Sekian.

Puan Zai @ JH... sob sob sob...





4 comments:

Ayu said...

Rajin anak2 menolong buat keje, bagus!:D

ayahfikri said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

yaAllah..sedapnya... (^____^) kalau ayaq tu, mang is pun suka yang kurang manis.. baru hilang dahaga (^___^)

Azian Elias said...

INNALILAHI WAINNALILAH HI RAJIUN..

sedihnya.. kesianya baby tu...

food sodap2 weii..esp tepung pelita tu..