Wednesday, May 2, 2012

Cuti lagi


As-salam...

Hari ini cuti lagi... asyik cuti je ye... nak buat camner kena gak cuti hehe...

Sebenarnya cuti nie bawa adik ke Jabatan Otorinolaringologi untuk tonsil check up adik.

Lepas selesai jumpa doktor dan amek bekalan ubat demam, batuk dan selsema, puan zai gerak ke Sogo dan jumpa mak puan zai di sana.

Tak janji pun dengan mak nak keluar ke Jalan TAR selepas ke hospital, masa tengah amek ubat mak call dari rumah ajak beli kain untuk tempahan musim raya. Puan zai ok je lagipun mak kata nanti tukang jahit tak nak amek tempahan dah kalau lewat hantar.

 Appointment jam 9.30 pagi.
Tapi jam 7.30 pagi dah sampai hospital.
Pekena nasi lemak dan meehon serta nescafe ais.
Sandwish adik makan masa gi Sogo.

Masa ini adik kata nak susu pink sebab adik asyik minum air masak je kat sini huhu...
Pas sarapan beli la susu Dutchlady strawberi yang memang menjadi peberet adik pun.

 Orang tak ramai lagi yang datang.
Jumpa doktor pun cepat nampaknya hari ini 10 minit sebelum masa appointment.
Jabatan ini bercampur orang dewasa dan kanak-kanak jadi selalunya sesak.
Hari ini nampaknya ok je.

 Kaunter baru buka masa nie.

Masa dok tengah tunggu doktor, Datuk Seri Sharizat ada masuk jabatan nie, Puan zai tak pasti atas urusan apa.
Dia memberikan salam dan senyuman kepada semua yang sedang menunggu di sini.
Kira ini kali kedua puan zai jumpa secara live.
Dulu penah jumpa masa dia datang untuk majlis berbuka puasa di kawasan rumah puan zai.


 Nie dah masuk jumpa doktor.
Adik dah mula tarik baju ibu nie.
Adik mula takut dan moody.

 Lepas tu peluk kaki ibu pulakkk...
Adik kata tak nak cucuk.
Yelah mana ada lah dik, doktor nak check tonsil adik.

 Tonsil adik grade 3.
Memang besar dan bengkak.
Buat masa nie tidak perlu remove tonsil tu.
Kena jumpa balik setahun dari sekarang untuk next checkup.

 Dah selesai acara jumpa doktor, terus tunggu mak di Jalan TAR.

 Juling bijik mata nak cari kain.

 Last-last kami ke Nagoya jugakkk...
Masuk, pilih seadanya dan bayar.

Puan zai dengan mak memang tak suka nak jenguk lelama.
Mana yang berkenan terus amek, nanti kalau lelama mau pening kapla jadinya.
Amek 11.5 meter (RM7 semeter) untuk 3 orang.
Selesai...
...untuk kaum lelaki senang je baju melayu boleh beli siap kendian.

Lepas beli kain, singgah kedai lain dan belikan mak blouse dua pasang.
Sebelum singgah makan pula, kami singgah BATA dan puan zai belikan mak dua pasang kasut.

 Ini budak kecik kan, dia nak beli kasut raya.
Bila puan zai kata lain kali, dia tak mau keluar dari ini BATA huhu...
Awal lagi nak beli kasut raya adik oiiii...

 Mak kata lama tak makan beriani Insaf.
Memang insap la mak kata... sepinggan sekarang RM13.

 Harga tolak kira.
Asal mak gembira.
Lepas makan tapau lagi 3 bungkus.

 Adik makan ye...
Adik geleng... merajuk lagi ker?

 Sebelum balik rumah, singgah Sogo jap nak beli t-shirt untuk kaum-kaum lelaki di rumah tu.

Adik suka tempat nie.
Sejuk dan nyaman adik kata.

Lewat tengahari kami sampai kat rumah. Dah siap tapau nasi beriani, jadi tak masak la di rumah. Letih juga hari ini dari pagi keluar rumah untuk ke hospital dan teman mak shopping. Walaubagaimana pun jika mak gembira, puan zai lagi gembira.

Sambung cerita esok ye. Harap tidak jemu singgah di blog JH nie...

Terima kasih kerana sudi singgah.

Sekian.

Puan Zai @ JH... yang gembira...





3 comments:

Acik Erna said...

salam pn zai..bila tengok gambar2 pi shopping beli kain nak buat baju raya ni..teringin la jugak..tapi acik sorang pompuan dirumah boleh beli siap..yang lelaki ada 4 orang kena tempah..readymade tak de saiz

Azrey Rozie Eiman said...

X baju raya la tahun ni. Balik dh nk dkt raya... X dpt la nk tempah

Jendela Hati said...

acik erna: wsalam acik erna, kalau umah sy baju melayu semua beli siap,yg bj kurung untuk raya je tempah sbb nak sama design

azrey rozie eiman: nampaknya kena pakai bj last year la rozie. tp kan skrg mlm raya byk jual bj kurung...