Friday, January 7, 2011

Selesai sudah minggu pertama sekolah

Salam malam sabtu buat semua...

Selesai sudah minggu pertama hari persekolahan.

Sesampai di rumah tadi dari tempat kerja, kedua2 ank puan zai dah beritahu tentang kerja sekolah yang mereka kena selesaikan untuk cuti sabtu ahad.

Untuk si adik, nampaknya selama 5 hari berturut pada setiap pagi adik tetap dengan ragamnya yang dok menangis di sekolah. Tak tahu la apa yang nak diraungkan oleh adik.

"Adik hari isnin sekolah lagi tau" Ingat ibu. Adik cuma tersengih angguk. Ye lah tu adik... adik...

Setelah puan zai interview adik, kakak tunjukkan kerja2 meng-colour adik pada puan zai. Si kakak juga mengadu yang cikgu beri dia banyak kerja sekolah.

Puan zai hanya mengangukkan kepala. Dalam hati elok juga la tu. Asyik nak main je, biar cuti dua hari ini dipenuhi dengan ulangkaji.

Selain itu juga, si kakak tak sudah2 dari petang tadi memujuk puan zai agar daftar kan kakak ke kelas teakwando.

Alah ini tentu si anak buah puan zai yang baru masuk darjah satu sekolah yang sama tu nak masuk teakwando. Apalagi tentu la si kakak nak masuk jua sebab dah ada kawan.

Lampu bilik dah padam, mata dah pejam tapi terasa macam terang. Rupanya kakak dan adik dok main games kat HP puan zai. Ehem2 sekali cepat2 keduanya "buat2 tidur" adoooiiii esok nak sekolah weiiii...

Pagi tadi masa nak kejutkan adik... terus je melompat landing kat hujung katil~taknak pegi sekolah katanya... tidur dalam kerut la adik nie...

P.s - Raja Lawak musim ke 5 dah start malam nie. Rancangan yang di tunggu2 oleh puan zai. Puan zai nie minat tang komedi nie. Untuk minggu pertama nie, ada juga peserta yang menyerlah. OK la buat malam nie. Esok sabtu ahad adalah hari untuk berehat minda (kerja) tetapi masih untuk hari berkerja (anak2 dan famili)...hehehe

Puan Zai...

Thursday, January 6, 2011

Cerita "gemuk" Kakak

"Apak, kita jadi penolong ketua kelas lagi..."
Cerita kakak pada apak.
"Bagus! Kakak kena belajar rajin2"
Kata apak.
"Tapi kita kena jaga kelas,kena jalan2 satu kelas bila cikgu takde, jangan bagi murid bising, ambil nama murid bising dan beri cikgu"
Kakak mengadu.
"Tak apa bagus lah tu. Itukan tugas"
Ibu pula bagi dorongan.
"Tapi kita kena jalan. Kita penat. Kita dah gemuk... macam ibu"
Aikkkk ibu pulak. sensitif nie pasal gemuk2... sabo je la... alahaiii...
Laa dia yang dah makan nasi pastu makan roti pula...

Wednesday, January 5, 2011

Tangisan si adik hari ke 3 persekolahan

Salam kepada kawan2 dan juga sahabat baru... 

(puan zai sedang beri tepukan untuk anda....)

Tangisan si adik hari ke 3 persekolahan...
Apa yang mampu puan zai katakan di sini?

Cabaran hari ke 3 sekolah masih berlangsung dengan bermulanya tangisan adik pada jam 7.15am pagi semasa nak mandi. Dua hari mandi ok je, hari ke 3 mandi hai start menangsi pula.

Nangis, nangis dan nangis... Aduhhh mcmmana nie adik????
 
Semlm OK je kenapa hari ni nangis lagi??? Lebih advance tangisan sebelum sampai ke sekolah.

[SABAR]

Ini adalah perkataan azimat untuk puan zai.

Bukan sahaja untuk puan zai, turut kena digunapakai oleh semua ibu2 di dunia ini. huhu...

Sampai je di rumah tadi, macam2 soalan ibu diberi pada adik.

~ Mcmmana adik sekolah? Adik makan apa kat sekolah? Adik belajar apa kat sekolah? Adik nangis tak kat sekolah? ~

Ada di antara soalan ibu yang ada jawapannya dari mulut adik dan ada juga tiada jawapan untuk soalan puan zai sehingga kena bertanya semula sampai adik jawap.

Nampaknya selepas acara tangisan di sekolah, cikgu kata pada nenek yang adik OK je tak nangis lagi bila nenek balik sekejap ke rumah tadi. Tepat jam 12tengahri, nenek tengok adik dah siap sedia untuk pulang. Dari jauh nenek tengok adik tak sabar untuk pulang. Tiada tangisan, tapi ceriaan menyerlah. Hmmm macam magic show pula, kejap nangis kejap ok. 

Tengah sibuk2 siasat aktiviti adik kat sekolah, tiba2 si kakak menyampuk...

"Ibu, cekak kita hilang..." Hmmm kakak nie selalu lupa letak mana barang dia. Semalam hilang getah, dah jumpa. Malam ini hilang cekak pula.

Nak cerita pasal barang hilang oleh kakak ini, minggu lepas beg makeup puan zai telah hilang setelah kakak mengemas bilik.

Dalam tu macam2 ada. Kakak ni memang cerewet, suka mengemas dan mengemas. Bila mengemas suka sumbat2 barang merata2.

Bila di tanya mana beg makeup ibu dia lupa. Puas la mencari tak jumpa. Aduh puan zai tepuk dahi.  Akhirnya masa puan zai keluar hari tu kena la beli compact powder, eyeliner dan lipstik

Punah2 duit puan zai. Tak gaji lagi pula tu. Elok je seminggu beli barang baru, alih2 jumpa balik beg tu aduhhh lagi sekali puan zai tepuk dahi. Adeh mengerang sendiri sebab tepuk sendiri.

View dalam bilik paklang tp cuba focus kat atas kepala tu, cekak tu yang hilang... sapa2 tolong carikkan...TQ...

Ini sahaja untuk malam ini... Anak2 dah panggil untuk makan malam. Makan malam yang simple2 je. Pastu nak tidurkan mereka awal supaya esok mudah bangun pagi.

Sekian salam sayang untuk semua dari puan zai...


p.s- Malam ini hati mula berbunga dan seronok bila ada sahabat2 baru yang sudi menyinggah kat blog puan zai yang tidak seberapa ini. Semoga dengan kehadiran blog puan zai yang kerdil ini dapat meluaskan pandangan dan mengeratkan siratulrahim sesama kita. InsyaAllah. Terima kasih semua!!!

Tuesday, January 4, 2011

Rutin Jendela Hati Seorang Ibu telah bermula...

Salam buat semua...
Hari ini puan zai start berkerja setelah cuti selama 5 hari untuk bersama2 anak2 yang menghadapi minggu awal buka sekolah. 
Hari ini juga boleh lah di katakan cabaran hari kedua persekolahan.
Sudah sebulan tak gosok baju2 sekolah, mulai malam ahad haritu bermulalah "hari sauna sedunia". Bersauna dengan iron. 
Beberapa pasang baju sekolah siap di gosok untuk seminggu. Manakala baju kerja pun puan zai dah siap gosok, juga untuk kegunaan seminggu. 
Untuk hari2 persekolahan ini, dinasihatkan (nasihat untuk puan zai) supaya siap2 gosok baju daripada nak gosok pada waktu pagi kerana waktu pagi, seorang ibu kena focus  pula pada mempersiapkan puteri dan putera puan zai.
Seawal jam 6.30am puan zai dah gerak berjalan kaki ke jalan besar bersama kakak untuk menaiki bas sekolah. 15 minit selepas bas sampai, puan zai bergegas balik ke rumah untuk menyiapkan si adik pula.
Untuk ke sekolah adik, puan zai hanya berjalan kaki sahaja kerana antara rumah dan tabika bukannya jauh sangat. Setelah itu baru lah puan zai di hantar ke tempat kerja.
Adik? Cabaran hari kedua persekolahan kini telah bersambung. Tak cukup dengan aksi2 tangisan pada hari pertama, bersambung lagi la hari ini...

Aduhhhh... puan zai mula berpeluh... 
Camner la nak tinggalkan si adik nie. 
Menangis sakan di depan cikgu, dah macam kena bantai je gayanya. Bukan adik seorang je menangis, ada lagi dua tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan turut meraung... raung dan raung... Macam dah seisi raungan jer.

Jam 8 baru mak puan zai datang menjenguk si adik. Masa pun dah agak lewat nie. Nak tak nak puan zai terpaksa tinggalkan adik dengan nenek di tabika dengan berat hati. Sebelum puan zai pergi, sempat juga jeling ke arah adik yang memeluk erat nenek tak lepas2.

Tika ini puan zai amat dan sangat2 risau (sesangat) bila pikir kan si adik nie. Sampai bila dia akan meragam macam tu... Dah lah malam tadi puan zai tak nyenyak tidur bila teringat keletah adik di sekolah.

Tadi puan zai sampai office jam 8.45am ~ lewat 15 minit. Aiii boss pula dah sampai dulu. Apasal lah harini dia awal. Kalau tak jam 9-10am baru sampai. 
Letak je beg, terus masuk bilik boss untuk ambil hot water dan new paper untuk boss dannn laju jer puan zai ke meja sendiri.
On je PC, klik je pada icon email hmmm apa lagi hampir 100 email terjah pada inbox puan zai. selama 3 hari tiada di office.. kerja...kerja..kerja...adehhhh...

Untuk hari ini, sedaya upaya la buat apa yang patut sebab awal tahun nie banyak report nak kena keluarkan untuk di hantar ke top management. Maklumlah closing sahaja 31 dec hari tu, macam2 la nak buat. Report ini report itu mcm2 report dah.
Sambil2 tu mata memang tak lekang dari mengerling HP yang terletak di sisi, mana la tau dapat msg tentang si adik.

Dalam sibuk2 tu, tiba2 tak sabar pula rasanya nak balik awal hari ini. Dapat ke balik awal 5.15pm nie? Nak balik awal? Ye lah puan zai tak sabar nak jumpa adik, itu pun selepas puan zai call tanya khabar adik selepas selesai sekolah tengahari tu...
"Ibu, tadi adik tak nangis ibu. cikgu baik..." 
Itulah ayat yang terngiang2 di telinga puan zai sepanjang petang di office.
Tersedar pada pagi yang puan zai hantar dia tu memang puan zai sedikit kecewa dengan adik tp bila terkenang2kan adik, rasa rindu, rindu dan rindu yang teramat.

Hati ini selalu berbisik mengatakan, ini  adalah minggu pertama persekolahan untuk adik yang akan masuk umur 5 tahun february nanti (hai terpaksa la memotivasikan diri sendiri).

Jadi, sekian untuk malam selasa.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Puan Zai...

Umur adik tak sampai 1tahun masa nie. Kakak suka sgt dengan gambar nie. Mulut adik comot bernestum dan rambut jambul di depan kakak kata...hehe

Monday, January 3, 2011

Cabaran Hari Pertama Ke sekolah

Salam...

Waktu ini puan zai macam tak sangka lah anak2 makin membesar...

Si kakak-Zahirah dah masuk darjah 3,
manakala si adik-Khuza'ee dah masuk tabika 5 tahun...

Catatan puan zai pada hari ini adalah berkisar pada ragam si adik.

Puan zai rasa ini salah satu cabaran untuk tahun 2011 nie.
Berbeza puan zai dapat rasa semasa menghantar Kakak dan adik ke Tabika Kemas 5 tahun.
Semasa kakak 5 tahun puan zai hantar dia ke tabika, hari pertama tidak membawa masalah untuk kakak menyesuaikan diri dengan cikgu Hawa dan kawan2 baru. Tidak meragam atau menangis. Relax je tengok.

Berpeluh la puan zai tengok ragam adik yang menangis  pada pagi ini dan adik senantiasa nak puan zai duduk dengannya.

Anak2 lelaki nie manja sangat ke?

Sebab dari permerhatian puan zai setakat ini kebanyakan budak2 lelaki (cuma ada sorang je budak perempuan) yang banyak ragam, menangis dan nak ibu atau bapa sentiasa ada bersama.

Jika ikutkan adik nie memang la excited nak ke sekolah sebelum ini.

Sampai sahaja ke sekolah, nampak ok tapi lama2 fuhhhhh mula lah buat hal...

Sedap tidur siap berselimut, kejut sekali je terus bangun dan tersenyummm... 1st day la katakan...



Begitu juga adik, bangun terus ke bilik mandi... hai 1st day la katakan...

Satu jam sebelum sekolah bermula, adik dah siap

Siap dah pakai kasut dalam rumah

Haa time nie memang berkobar-kobar lah

Adik dah mula buat muka

Betis ibu dah adik genggam dengan erat

Tangan tak lepas baju ibu...

Kakak yang baru sampai dari sekolah kebangsaan
Bila terkenang pagi tadi, terasa nak gelak je tengok ragam adik.

Kakak sampai2 sahaja di rumah terus tanya sebab kakak pun excited adik sekolah tahun ini:
"Adik sekolah seronok tak?"
"Kakak tak ada" Alasan adik.
"Adik nangis je kakak" Report ibu
(biar kakak bagi ceramah kat adik).
"Laaa kenapa adik nangis, tak elok nangis nanti adik nak pandai kan, seronok sekolah tau" Pujuk kakak.
"Adik nak sekolah dengan kakak. Cikgu Hawa baik kakak" Kata adik lagi.
"Adik... adik... kalau cikgu Hawa baik, pergi je sekolah esok" Geleng kakak pada adik.

Sunday, January 2, 2011

Hari Gunting Rambut Sedunia

Rambut sebelum...
I
I
I
V
Rambut selepas...

Ibu kata "Salah satu semangat untuk ke sekolah, kena gunting rambut, dik".

Adik cuma mengangguk. Entah paham entah tidak.
Kalau sebelum nie puan zai gunting sendiri rambut si adik. Tapi nak masuk hari pertama sekolah nie, hantar ke kedai aje lah. Biar nampak smart sikit. Maklum kalau amatur yang gunting, sengit2 kang. huhu
Mula2 elok je si adik nie, siap borak2 dgn abang gunting rambut. Setelah selesai je gunting, adik mula jeling2 ibu.

Tiba2 adik mula meraung nak melompat ke ibu. Aik kenapa pula adik nie...

Oooo rupanya bila adik nampak je pisau cukur, terus dia meraung nak balik. Apa lagi, nak buat camner tak payah lah oter atau cukur rambut tu.

Puan zai bayar je RM5 terus bawa adik keluar dari kedai tu sambil adik memeluk ibu dengan kuat tanpa lepas2...

Adik adik.......

Saturday, January 1, 2011

BBQ New Year Gath ~ 1 Jan 2011

Salam 1 Januari 2011 buat semua. Catatan yang pertama untuk tahun 2011.

Hari ni puan zai akan papar pic2 my bushuk masham semasa kami sekeluarga buat BBQ serta pot luck pada tengahari tadi sehingga lah jam 10pm. Tak pergi jauh mana pun dekat aje, masing2 sebanyak 5 rumah berkelah di bawah pokok rambutan sambil bakar ikan...














Time camnie mmg letih makan. Makan dan makan. Ingat buat kerja rumah aje letih, makan pun letih juga ye...
Makanan yang dibakar ialah ikan talapia, kembong, ayam, kerang, hotdog, fishball dan kentang rebus serta berjenis2 air asam dan kicap untuk cicah.

Manakala lauk pauk ialah gulai ayam, tomyam campur, sup keladi serta ikan masin.

Desert pun ada macam2 jenis termasuk bubur kacang hijau. Air pun ada tiga jenis yakni air sirap. sirap limau dan air asamboi.
Sekian untuk catatan makan & makan nie.

Semoga dengan adanya perjumpaan keluarga terdekat dapat mengeratkan siratulrahim sesama kita.

Salam untuk semua....
Puan Zai...