Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013!


As-salam...

Hari ini hari terakhir kita di tahun 2012 kan... sob sob sob...

Lagi tinggal beberapa jam cuma untuk kita melangkah ke tahun 2013.

Bagi puan zai semoga datangnya 2013 ini memberi puan zai dan keluarga lebih rezeki dan disihatkan tubuh badan.

Banyak kenangan manis, pahit dan masam yang puan zai lalui. Tapi semuanya akan tersemat di ingatan selamanya buat pedoman hidup.

Kedua-dua anak-anak puan zai pun dah dan akan masuk ke alam persekolahan. Rasa excited seorang ibu memang tak dapat di bendung lagi. Seronoknya tak dapat di gambarkan. Macam ibu pula yang nak ke sekolah.

Hari ini management beri kami 'hadiah' sempena hadirnya tahun baru esok. Jam 3.10pm tadi management mengwar-warkan yang kami wargakerja di sini boleh pulang awal iaitu pada jam 4pm.

Wah... bukan main seronok lagi hehehe... ingatkan jalan tak jem kalau balik awal tapi tahu saja la KL nie, jalan dah start jem dari depan istana lama tu sampai la ke rumah.

Apa-apa pun puan zai berdoa untuk semua termasuk yang membaca blog puan zai nie semuga apa yang anda hajati dan apa yang anda ingin lakukan dan laksanakan pada tahun 2013 akan tercapai ye... In Shaa Allah...

Terima kasih buat anda semua yang sudi membaca blog puan zai selama nie. Jasa mu di kenang.

Selamat Tahun Baru buat semua!

Ini gambar iklan je.
Saja nak tepek kat sini.
Alang-alang dah balik awal,
apa lagi buat lempeng kelapa cicah sambal sadin.
Makan ujan-ujan nie pun sodap.
 
Jumpa tahun depan ye! Tata...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PUAN ZAI @ JH...
 
p.s malam nie anak-anak tak mau tido awal sbb nak tengok bunga api kat Mont Kiara pandangan dari rumah.