Wednesday, August 22, 2012

Hujan Raya...


As-salam...

Salam Hari Raya... Yelah, masih dalam minggu berhari raya... Raya pertama puan zai di KL menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara sebelah keluarga puan zai.

Selepas sembahyang raya, kami bergerak ke rumah atok di Kg Datuk Keramat, KL. Atok ialah ayah kepada mak puan zai. Nenek dah tiada, meninggal dunia pada October 2010... Isk Isk Iskkk. Awal petang pula terus bergerak ke Kg Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan ziarah nenek iaitu mak kepada abah puan zai.

Tak banyak gambar yang di ambil, maklum lah sibuk nak makan dari nak ambil gambar hehe. Apa-apa pun seronok jumpa atok, gembira dapat salam di pagi raya dan dapat peluk atok. Dengar macam atok dok jauh, walhal dok dalam area KL jugak hehe.

Balik sahaja dari kampung, ramai tetamu yang datang. Tetamu memang ramai bertandang di raya kedua juga. Kalau ikutkan selalunya seminggu raya nie emang ramai yang akan beraya. Dan sebulan syawal nie akan bersilih tetamu yang datang, seronok kan?

Sebelah petang raya kedua kami anak beranak bergerak ke Karak, Pahang untuk beraya bersama keluarga sebelah suami. Kedua-dua mertua telah kembali ke rahmahtullah, jadi bersama ipar duai aje lah bertemu dan beraya.

Kat sini masuk je petang, hujan aje... jadi anak-anak pun ambil kesempatan main hujan... hmm maklum ler kat KL tak pernah dapat main hujan...

 Kenangan bersama arwah mak dan apak di hari pernikahan adik ipar pada 28 Dec 2003.
Apak 'pergi' pada 30 Dec 2003, dua hari selepas adik ipar selamat bernikah.
Arwah mak pula mengadap Illahi pada bulan march 2010.
Masa nie Zahirah baru je berumur setahun lebih. Alah-alah comey pipi sama londeh macam ibu.

 Isk isk isk... wokeh stop citer sedih, kita citer pasal hujan pula.

 Ini budak seronok nak main hujan.

 Adik bersama sepupu Shamirul Azrin, 8 tahun.
Rambut sama fesyen.
Muka ada serupa tak?




 Tukang siram sebelum masuk ke rumah.
Yelah sampai berkubang atas jalan tadi.


 Seronok-seronok main hujan sampai tak nak masuk rumah dah depa tu.
Bagi mandi pastu buatkan milo panas segelas sorang... huhu...

Wokeh lah stop di sini dulu, boleh sambung lagi di next entry. Tata...

Selamat Hari Raya...

Puan Zai @ JH...


 

3 comments:

Ayu said...

Wahhh, seronoknye maen hujan!huhuhu

Acik Erna said...

assalam puan zai..budak2 dengan air memang tak boleh dipisahkan..
seronoknya dapat mandi air hujan

lady lavender said...

wee..lebatnya hujan! sini payah betol nak ada hujan lebat. Setakat renyai2 aje. tanah pun tak berapa nak basah kalau hujan :-)