Monday, August 6, 2012

Cuti!


As-salam...

Selamat berpuasa buat semua.

Hari ini warga Selangor bercuti sehari sempena Nuzul Al-Quran.

Tapi ada sorang nie yang keje KL pun turut bercuti. Saja nak lepak kat rumah hari ini. Tak penah amek cuti tau, baru tahun nie amek cuti public holiday nie bila piker petang karang mesti jalan jem kaw-kaw bila warga Selangor turun ke KL untuk membeli belah huhu....

Kedua-dua anak pun dah ke sekolah. Si ibu dengan rutin harian yang tak sudah-sudah. Tengah piker-piker nak masak apa hari ni. Sambil tu dok berBW kejap sambil baca surat khabar...

Tajuk berita hari ini dah tentu cerita mengenai Malaysia kempunan emas setelah Datuk Lee Chong Wei gagal meraih pingat emas semalam.

Tapi bagi puan zai, kira ok lah dia pun dah berhempas pulas hingga ke saat akhir dalam aksi yang sangat-sangat sengit. Persembahan dia memang membanggakan semua rakyat Malaysia tau walaupun semalam jelas dia amat hampa. Tabik kepada beliau...

 Tengok Upin dan Pop-pop di atas meja nie teringat kat adik yang kat sekolah tu...

Tak lama lagi Ramadhan akan berakhir. Sedih juga la sekejap aje kita menyambut Ramadhan nie. Kena tunggu lagi setahun baru dapat bertemu.

Cerita mengenai puasa nie, anak-anak puan zai setiap malam mesti nak main pop-pop nie. Pop-pop nie cuma baling ke lantai dan ia akan berbunyi pop-pop hehe. Nak main tak merbahaya sebab tu diluluskan oleh kami.

Dah la RM1 sekotak, nak tak nak kena lah beli juga... kesian pulak kalau tak beli. Tapi limit beli dua kotak aje sehari, tak boleh lebih-lebih. Terukkan ibu kedekut nie? Bak kata mak puan zai toksah nak bakar duit aje hari-hari. Huhuhu betul lah tu...

OK lah kena stop kat sini dulu... jumpa lagi lain kali... tata...

p.s - dengarnya ramai yang akan ke Jalan TAR pagi ini. Selamat bershopping eh...

Puan Zai @ JH...


2 comments:

Nur said...

Puan Zai, Perak pun cuti Nuzul Quran juga. Tapi tengah bulan ni, dok umah je la. :)
Pop pop tu memang budak suka main.

MulutPayau said...

akak pun cuti hari ni..tapi tak ke mana2..lepak jer kat umah..
Anak akak pun suka main pop-pop tu...