Sunday, January 19, 2014

Tahniah


Tahniah...

Petang tadi masa sambil 'bersauna' baju keje dan baju sekolah untuk seminggu, mata puan zai nie sempat mengadap tv.

Bangga betul apabila Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran ke-10 dengan menjuarai Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Tommy Sugiarto di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Beliau menewaskan Tommy dalam perlawanan 47 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-19, 21-9.



Begitu juga dengan pasangan beregu Malaysia,Goh V Shem dan Lim Khim Wah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara buat pertama kali dalam kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas menewaskan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei dengan catatan 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.



Puan Zai @ JH...

1 comment:

Yati said...

Dah nak bersara dah dia. Kesian juga tengok dia banyak join tournament kan, mesti penat.