Friday, January 17, 2014

Nur Ariana Nabilah


As-salam...

Pada 14-01-14 Hari Maulidur Rasul yang lalu, mak dan abah puan zai telah menyambut cucu baru yang ke 6 pada jam 12.37 pagi di Hospital Pusrawi Kajang. Berat baby perempuan ini ialah 2.82kg.

Alhamdulillah puan zai pun teruja sangat. Bulan lepas dah dapat anak buah lelaki iaitu Muhammad Zaharil, bulan nie dapat anak buah perempuan pula.



 Nur Ariana Nabilah masa di hospital.
Petang tu bila Ariana dah keluar hospital, kami anak beranak berserta mak dan abah berkonvoi ke Rinching untuk berjumpa dengan orang baru nie.

Ini gambar Ariana dah berumur 3 hari.
Gambar ni kakak Ariana, Nur Aleeya Nabilah whatsapp kat group.

Apa-apa pun puan zai sekeluarga ucapkan tahniah kepada adik perempuan dan suami di atas kelahiran ini. Semoga Ariana menjadi anak yang solehah.

Tahniah Linda & Daud, serta anak-anak mereka Amirul Haqimie & Nur Aleeya Nabilah kerana dapat adik baru.

Puan Zai @ JH...

No comments: