Thursday, December 23, 2010

Everything I Own

"Everything I Own"

You sheltered me from harm.
You kept me warm
You kept me warm
And you gave my life to me
You set me free,
You set me free
The finest years I ever knew
Were all the years I had with you

I would give everything I own,
I'd give up my life, my heart, my home.
And I would give everything I own,
Just to have you back again.

You taught me how to laugh,
What a time
What a time
You never said too much,
But still you showed you cared,
And I knew from watching you.

And nobody else could ever know
The part of me that can't let go.

I would give everything I own,
I'd give up my life, my heart, my home.
And I would give everything I own,
Just to have you back again.

Is there someone you know,
Loving them so,
You're taking them all for granted.
You may lose them one day,
Someone takes them away,
And they don't hear the words
You long to say

Give up my life, give up my heart
Everything I own [Repeat]

You know baby, my love for you will
always stay true. That's right.
'Cause there is no me without you. (And I would give everything)
Everything I own Nobody can love you, love you
Love you, love you like I do

I would give everything I own,
I'd give up my life, my heart, my home.
And I would give everything I own,
Just to have you back again.

Just to have you back again.

Wednesday, December 22, 2010

ex-Regional Chief Office dalam kenangan...

Hari ini farewell day untuk ex-rc office, Susan Ngou.

Lunch together kat Tupai-Tupai Restoran. 

Puan zai dapat berkerja dengannya dalam setahun setengah dan selepas tu dia tranfer ke department lain.











Tuesday, December 21, 2010

Appointment with Pediatric Surgery dan kedai buku

Hari ini si adik ada appointment dengan doktor Pediatric Surgery jam 2.00pm.

Seawal jam 11am puan zai ke sekolah si kakak dahulu untuk membeli buku2 rampaian, rujukan dan buku kerja  untuk tahun 3. Seperti tahun2 sebelumnya ayat seperti ini memang sering didengari.

"Kak, buku banyak tak ada kak. Yang ada pun buku garis satu, buku berita dan buku penulisan" Kata si penjaga kedai buku.

"Bila buku2 lain ada?" Tanya ku balik.

"Dalam minggu depan kak baru ada" Jawap si dia.

"Hmmm dah agak dah. Nak buka sekolah esok baru ada la tu. Nanti sekolah buka sibuk la cikgu tanya mana buku ini mana buku itu" Puan zai ngomel dalam hati (aje...)...

Selepas membayar untuk 3 jenis buku rampaian sebanyak RM15.40, Puan zai dan anak2 pun berlalu. Tengok pada list di tangan nampaknye masih perlukan RM30+++ untuk buku2 yang lainnya.

Buku ini sahaja dah RM15.40 belom lagi termasuk dengan buku2 lain yang tiada stok...

Bergerak terus dari sekolah menuju ke hospital. Sampai sahaja di hospital jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari. Perut dah lapar sebab tak breakfast di rumah, terus saja ke kafetria kat bahagian bawah pediatrik.
Ambil nasi untuk dua org, santap lah tiga beranak nie dengan seleranya. Lebih selera dengan minum air sirap bandung. Kalau kat hospital nie sirap bandung kat sini memang favourate si kakak. Sedap katanya...

Selesai sahaja makan terus ke bahagian bilik bacaan dan permainan. Bilik ini di buka untuk penginap/pesakit hospital serta pengunjung2. Banyak buku2 bacaan di dalamnya serta permainan yang bermacam jenis di sediakan. Bilik ini hanya di buka pada jam 10am hingga 12.30pm.
Membiarkan anak2 bermain, puan zai sempat membaca walau pun tak berapa tenang dengan suasana bising kanak2.

Tutup sahaja bilik bacaan nie, puan zai dan anak2 terus bergerak ke kaunter pendaftaran. Nombor giliran untuk appointment sebelah petang di buka dari 12.30pm ke atas sebelum pendaftaran bermula jam 1.30pm.

Setelah membuat pembayaran sebanyak RM5 untuk pekerja swasta, si adik di bawa untuk di timbang dan di ukur ketinggian. Tinggi adik dah capai 99cm dengan berat 14.3kg. Dari bilik timbang, puan zai dikehendaki meletakkan kad appointment ke dalam bakul bilik doktor bernombor 1 - 4.


Jam 2.15pm baru nombor adik naik. Setelah buku kecil hospital adik diteliti doktor serta lain2 di catat, soalan2 umum dari doktor selalunya berkisarkan kepada kesihatan adik iaitu:


1) Khuzaee sihat?
2) Dia ada sesak nafas?
3) Dia aktif tak?
4) Dia makan macammana?
5) Setakat ini ada ubat2 yang di ambil?
6) Pernah tak lagi masuk icu?


Ini adalah soalan lazim dari doktor yang mana seumpamanya yang puan zai dah hafal.

Ini file khas untuk si adik. Buku dah dua dan semakin tebal, kad appointment ada 3 untuk 3 doktor pakar ~ Doktor surgery, Respiratory dan T&E. Sebelum ini ada 4 kad termasuk doktor medical tp di mansuh kan dan consentrate kat doktor respi je.



Untuk hari ini puan zai memaklumkan pada doktor yang si adik batuk dan selsema. Setelah catatan di buat di dalam file kesihatan serta buku hospital si adik, kami pulang setelah mengambil tarikh appointment selepas 3 bulan dan ubat batuk.

Ini inhaler Sulbutamol hanya untuk perlu sahaja. Jika adik tak sihat baru puan zai pakaikan 4 hourly. Dahulu ada satu lagi colour coklat inhaler Budesonide tapi dah stop sbb keadaan adik yang dah makin OK. Budesonide nie kena ambil hari2 yakni 12 jam sekali bermaksud puan zai bagi jam 7am dan 7pm daily.
 
Mengimbau kenangan deasease yang adik tanggung sekarang ini selama hampir 5 tahun, nanti puan zai blog kan dalam blog seterusnya, Insya Allah...

Namun anak lelaki ku yang bernama Ahmad Khuza'ee bin Mat Ramlee ini amat2 ku sayangi walaupun kelasakan dirimu itu menguji kesabaran seorang ibu. Sesunguhnya itu la amanah yang telah diberikan kepada kita semua org yang bergelar ibu...

Sehinggakan jika anak bujang ini tidak sihat pada satu2 masa secara autonya walaupun puan zai penat sekali pun puan zai tetap terjaga untuk melihat dia.







Di antara pic2 my bushuk masham di Pediatric Hospital, KL yang dapat puan zai muatkan di sini.

Hari ini last cuti tahunan untuk 2010. Baki cuti dah zero. 

Setakat ini cuti akan  di ambil untuk 3 appointment bagi tiga pakar iaitu doktor T&E ~ check toncil adik pada 1 march 2011, doktor surgical ~ check perkembangan surgery yang telah dibuat pada 15 March 2011 dan doktor resporitary pada 12 April 2011. Semua ni dah puan zai catit di dalam table calender serta outlook calender.


3 hari ini telah di booking untuk annual leave year 2011. Dan 1 hari pada 3 January 2011 puan zai dah book untuk hari pertama buka sekolah bersamaan hari pertama adik memasuki alam tadika pula.


Puan zai berdoa dan berharap agar anak2 sihat dan rajin belajar dan sentiasa mengingati ibu serta keluarga...amin...


Sekian untuk hari ini, salam malam selasa...

Puan Zai...

Monday, December 20, 2010

Spoiler bonus

Puan zai nie tak pandai pasal kereta2 nie. Yang puan zai tahu sampai je waktu servis kereta, kereta pun di hantar ke perodua dengan bantuan adik lelaki. Siapkan aje duit service, haa bawa lah ia ke bengkel. Tak sampai beberapa jam siap la kereta untuk di ambil.

Pernah bulan april tahun nie, puan zai accident langgar bontot lembu, eh bukan langgar bontot lori. Bonet depan kemek dan di ganti baru. Beli kat pakcik bonet depan, dia tolong srpay dan pasangkan.
Puan zai bukan nak cerita pasal accident nie, rasa traumanya masih juga terasa walaupun tidak la terlalu hebat macam masa mula2 accident dulu.

Nie haaa pasal benda nie.........

Ha ha spoiler... ntah betul ejaannye ntah tidak... Beli dengan harga RM149.00. Ada lebihan spray masa accident tu secocok dengan colour kereta, pakcik tolong pasang...


Hmmm siappp... ini lah dikatakan spoilet bonus..huhu


Sunday, December 19, 2010

Rehat di hari ahad

Rasa penat jer minggu ni. Dah berjalan hari sabtu, hari ini duduk di rumah sahaja lah.

Kain dua bakul sedang menunggu, asyik hujan pagi menyebabkan kain tergendala.


Aktiviti kakak biasa la dok posing yo...


 Cari pula si adik, aikkk apasal senyap jer rupanya ada mesyuarat pintu rupanya...









Kocik2 dah pandai berburak dopan pintu yo??? Aiii dah macam anak bujang yooo...

Saturday, December 18, 2010

Wayang: Ibu nak tgk "Hantu kak limah balik rumah"

Perjalanan bermula dengan menaiki monorel menuju ke Times Square...

Bising mulut adik tanya kenapa tak sampai2 bila tren banyak kali berhenti...

Posing di tingkat 1 Times Square berlatarbelakangkan salji la konon...

Pandangan dari atas...

Salji di Malaysia

Makan tengahari di Wendy's Restoran. Ibu makan burger, Kakak makan nudget, adik cuma nak frenchfries aje...

Masa nie adik merajuk, biasa lah nak jalan pun nak merajuk kakak kata...

Nak pergi mana tu? nak tengok "hantu kak limah balik rumah". Asalnya nak tengok Rapunzel tapi beralih ke citer Mamat khalid nie

Dok tayang fan kat leher tu, satu RM10...


My bushuk masham nak tengok wayang ni...

Posing lagiii...

Dan lagiii...

Lagggiiiiii...........
Best dengan gelak ketawa dalam panggung...

Friday, December 17, 2010

Tolong cuci, TQ,,,


Hari jumaat jam 5.15pm, ketawa puan zai pecah apabila puan zai nampak mug boss nie, terus puan zai tergelak. Bila org tanya kenapa puan zai gelak, puan zai terus tunjuk note nie.

Tanpa org bertanya kenapa puan zai ketawa, mereka juga ketawa... ntah lah...