Thursday, May 8, 2014

Majlis Muhammad Zaharil


As-salam...

Hari tu kan sempena cuti 1 May Hari Pekerja, kami anak beranak ke Banting sempena majlis cukur jambul si kecil molek Muhammad Zaharil.

Selepas subuh semua dah bersiap. Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah dulu minum pagi di Restauran Pelita di Hartamas. Kakak dan adik dah ngadu kelaparan.

Zaharil dah masuk 5 bulan. Kejap je masa berlalu. Baru je rasanya pangku dia di kala kulitnya masih merah. Sekarang Zaharil suka bercakap dan dah pandai pegang mainan. Suka Zaharil berborak dengan nenek dan atuk.

 Muhammad Zaharil bersama abi dan ummi. Bulat mata pandang camera. Sayang anak ibulong nie. Jangan kata ummi sorang yang rindu bila ummi Zaharil kerja, puan zai sendiri pun rindu kalau sehari tak jumpa Zaharil nie.

 Zaharil dengan jubah. Hensem. Kopiah dia entah kemana masa nie.

 Masa untuk di buai. Heheh masuk je buai-buai sikit terus Zaharil terlena. Suka Zaharil naik buai nie.





 

 Majlis marhaban dan bacaan doa selamat sebelum majlis menjamu selera beramai-ramai. Cuaca pun ok je masa nie.

 Sedikit buah tangan untuk para tetamu dan saudara mara yang hadir.

 Ini pinggan saya! hahahaa lapoooo tauuu...

 Menu tengahari tu ialah nasi puteh, kari dalca, ayam masak merah, ikan bilis goreng taucu dan kerabu taugeh. Ada banyak pilihan kueh mueh walaupun tiada dalam gambar...

 Biasa lah peberet puan zai apam pink tu. Kalau ada di mana-mana majlis atau kedai memang akan ambil. Cuma buatnya je belum lagi.

 Koci labu nie perghhh sedap uolsss. Tak tipu. Memang sedap. Tapi puan zai amek dua je sebab malu hahaha...

Kepada anak saudara ibulong nie Muhammad Zaharil, ibulong doakan semoga Zaharil menjadi anak yang soleh in shaa Allah.... amin...


PuAn zAi @ jH...

 

1 comment:

Acik Erna said...

Comelnya Zaharil..menang akan selalu teringat2 dengan budak kecik kan zai