As-salam...
Salam Maulidur Rasul buat semua...
Cuti pagi nie, seawal jam 800 pagi kami dah di jemput ke majlis maulud dua buah rumah bersebelahan. Sambutan dalam rumah tiada perarakan macam kat dalam tv tu.
Jemputan untuk kaum lelaki aje lah. Maka, makan kenduri lah mereka pagi tadi. Kami kaum perempuan dok umah bereskan apa yang patut.
Haa... sebenarnya kaum perempuan dapat habuannya... hehehe
Dapat sedulang lauk pauk dari jiran sebelah.
Jam 1030pagi dah makan nasi.
Dapat jugak buahtangan.
Seplastik sorang buah-buahan.
Kalau seplastik seorang dua rumah kenduri, maksudnya dapat 6 plastik buah-buahan.
Adik pulak dapat 'duit raya'... eh eh macam hari raya pulak.
Meriahnya sambutan maulud hari ini...
Satay daging.
Sedap.
Kari ayam kampung.
Sup kaki lembu.
Sempena Maulidur Rasul ini, ada majlis maulud di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada hari sabtu ini.
Semua di jemput hadir.
Majlis nie in shaa Allah, apak akan hadir.
Puan zai dan anak-anak pula akan kerumah atuk di Keramat untuk kenduri tahlil arwah nenek puan zai.
Sekian, coretan hari ini. Ingat nak ke Tesco sekejap nak cari barang dapur yang dah kehabisan stok. Kita sambung lagi kendian ye. Tata...
Puan Zai @ JH...
1 comment:
terliur tengok lauk pauk ni..
Post a Comment