As-salam...
Semalam kami sekeluarga balik ke kampung abah di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sebelum tu ke Labu Johnson menghadiri kenduri kawen anak sepupu abah. Tiba aje di rumah pengantin, pengantin dah sampai sedang menjamu selera di meja makan beradap... tak sempat nak dengar kompang hehe...
Sampai-sampai je terus ambil hidangan... lapo lapoo...
Lauk rendang daging nie memang best laa...
Sodap... ayam pulak ayam kfc...
Mak dan Zahirah si anak daraku...
Sampai licin pinggan...
Ini anak buah puan zai, Aleeya...
Lepas kenyang di kenduri kawen, terus gerak ke Lenggeng untuk mencari air kelapa.
Besar kawasan sini.
Suami isteri ini menjual air kelapa, ayam kampung, kambing, lembu dan keli.
Ayam kampung yang telah di timbang bole terus disembelih dan dibersihkan disini.
KMJ Corner... Santap & Santai...
Santai-santai di bawah pohon manggis.
Adik takut dengan binatang nie.
Sambil tunggu atuk tengok ayam, adik main buaian.
Ayam dan itik yang disejuk bekukan.
Seronok lepak-lepak di sini.
Sebelum balik ke KL, jalan-jalan tengok kebun serai paha ayam kejap.
Sejuk mata memandang.. menghijau jer.
Sampai KL dah lewat petang. Siapkan anak-anak mandi, terus bersauna semua baju-baju sekolah dan baju kerja. Fuhhh... lama sungguh tak bersauna camnie sejak cuti sekolah aritu...
OK lah stop di sini dulu. Nanti sambung lagi eh. tata...
Puan Zai @ JH...
2 comments:
Aduh pn.zai.....siyess terliur dgn nasik kenduri! Lambat lg nak merasa niii.....
serai paha ayam sama ke dgn serai gajah?
Post a Comment