Thursday, May 30, 2013

Musim Makan Kenduri...


As-salam...

Bermula cuti sekolah nie bermula juga la jemputan makan kenduri kawen. Jemputan berderet hingga june nanti.

Ketika balik ke kg suami di Karak, Pahang sabtu lepas, kami sempat singgah makan kenduri di sini. Terima kasih cik yah atas jemputan.

Pandangan camnie selalunya kita boleh nampak di bazar ramadhan kan. Tapi puan zai boleh nampak di sini di kenduri kawen nie. Banyak sungguh ayam golek. Ada dua tempat ayam nie berpusing-pusing. Sedapppp...

 Pengantin baru... Zuhidayah dan Hafiz... adik ipar puan zai beritahu mereka kenal sejak di bangku sekolah. Tahniah!

 Pengantin baru sedang berarak masuk.


 Mental ke tak mental puan zai tunjuk gambar makanan. Tak kisah lah puan zai nak tunjuk jugak kan. Semua sedap terutamanya kerabu pucuk paku nie... best sangat. Semua lauk penanggah letak atas pinggan puan zai kecuali acar buah je puan zai menolak dengan baek.

 Kakak.
 Adik makan bersuap. Apak mana? Masa nie apak sedang menunggu di rumah sebab pengantin lelaki dan keluarga tumpang bersiap-siap sebelum bersanding. Jadi, kami dahului makan dulu.

 Sebenarnya selesai sahaja makan anak-anak dah ajak pulang. Tapi puan zai kata tunggu la kejap... sebabnya puan zai suka dengar tang ini hehe...

Kek pengantin. Sedap. Anak-anak yang abeskan.

Ahad nie ada jemputan lagi di Merbau Sempak. Anak perempuan atuk saudara puan zai akan bersanding.

Apak akan menyusul dulu kerana urusan dj majlis dan acara karok di majlis tu, mungkin kami akan pergi kendian. InshaaAllah...

Jumpa lagi next entry... tata...

Puan Zai @ JH...

 

Monday, May 27, 2013

Tahniah Nurul Liana & Azizul... Part 2


As-salam...

Bersambung lagi kita dari cerita kenduri part 1 ke part 2 sempena hari persandingan sepupu puan zai pada bulan mac yang lalu.

30-03-2013
Ketibaan pengantin.
 

 



 Kumpulan kompang.

Syok dengar.


 Pengantin bersama makcik-makcik dan sepupu-sepupu.


 Bergambar kenangan dengan Sir Russell, boss Teh Boh iaitu ex-boss atuk puan zai.

 Mak bersama anak menantu.

 Pengantin bersama atuk dan Sir Russell.

 Hamboiii...







  







 Adik lapar eh?

Acara bersantai sambil karok.


Tahniah Nurul & Jijul...

Puan Zai @ JH...




Tahniah Nurul Liana & Azizul...


As-salam...

Cuti sekolah nie ada banyak jemputan kawen sehingga akhir bulan june nanti.

Cerita kali nie bukan lah cerita kawen musim cuti sekolah nie. Dah lama dah sepupu puan zai bersatu bersama pasangan pilihan hatinya pada 30 mac yang lalu.

Tahniah sekali lagi buat Nurul Liana & Jijul, semoga berbahagia hingga hujung nyawa.

30-03-2013
 Pasangan pengantin yang tersenyum indah di hari besar mereka.

 Bergambar kenangan bersama sebahagian keluarga besar kami.

 Pengantin bersama ibu bapa sebelah perempuan iaitu mak lang dan pak lang puan zai.

 Yang ini pula pengantin bersama ibu bapa pengantin lelaki.

 Acara akad dan nikah yang sedang berlangsung.

 Penyerahan mas kawen.

 Hantaran dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki.


 Dan hantaran dari pihak pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.

 Bekas cincin dan mas kawen.

Bunga mangar menunggu ketibaan pengantin. Selepas acara akad nikah pada sebelah pagi, pada hari yang sama sebelah tengahari acara kompang dan berarak pengantin pula.

InshaaAllah nanti puan zai upload pic masa makan besar di hari persandingan Nurul dan Jijul ye.

Sekian.

Tata...

Puan Zai @ JH...

 

Sambal Sotong Petai & Kerabu Mangga


As-salam...

Mental tak mental, hari nie nak tayang lauk jugak hehe...

Hari ni puan zai masih bersiaran di kg suami di Karak, Pahang. Cuma amek cuti sehari bawa anak-anak balik kg sempena cuti sekolah nie.

Tengahari nie masak nasi berlaukkan sambal sotong petai, kerabu mangga sempoi dengan kobis goreng air.

Petai dan sotong beli kat pasar malam sebelah taman je. Satu ikat petai tu RM5.
 
 
Buat sambal sotong petai yang simple aje.
10 ekor sotong sederhana sizenya di potong bulat.
20 biji petai untuk bahan utama.
Seterusnya panaskan minyak.
Tumis 1 labu bawang merah dan seulas bawang puteh yang dihiris.
Masukkan 5 sudu cili kering yang telah di kisar terlebih dahulu.
Masukkan garam secukup rasa.
Jika nak letak gula pun boleh tapi puan zai tak letaklah.
Lepas tu masukkan bancuhan 1/2 sudu asam jawa.
Masukkan sotong dan kacau hingga masak.
Bila agak-agak nak tutup api baru masukkan petai dan hidang.
OK lah dah siap satu lauk.


Seterusnya permintaan boss besar merangkap suami nak makan kerabu mangga. Semalam dah kopek cicah dgn kicap. Boss besar memang hantu mangga. Masam-masam pun ditelan jua.

Camnie le rupanya kerabu yang dihiris oleh si kakak. Tebal macam batang kayu... hehehe apa-apa pun layan jerkkk... di telan jugak tebal-tebal pun.

Lebih dua bijik mangga muda nie dihiris halus (sepatutnya lah).
1 labu kecil bawang merah di hiris halus.
5 biji cili padi dihiris.
1 batang serai juga dihiris.
Sedikit kacang tanah digoreng garing.
2 biji limau kasturi.
Garam dan gula secukup rasa.
Gaul semua bahan di atas.
 
 Jam 12 tengahari semua dah dok atas kerusi mengadap nasi.

 Pembantu hari ini....

 Ayin sepupu si adik. Serupa tak?

Dari belakang pun serupa.
 
Banyak buah mangga di pokok. Nanti nak bawa balik KL sikit. Geram tengok mangga nie.

Ada tak yang bercuti tu hari ini? Selasa depan puan zai akan bercuti sehari lagi nak bawa adik ke Institut Pediatrik ada checkup. Cuti pun dah di luluskan. Jadi dapatlah puan zai cuti time cuti sekolah nie.

Yelah anak-anak selalu merungut time cuti sekolah ibu tak amek cuti pun. Huhu...

Jumpa lagi. Tata...

Puan Zai @ JH...