Wednesday, February 29, 2012

Kami Sedondon...






 










Puan Zai @ JH...

Buy 1 free 1...

Tuesday, February 28, 2012

Lauk sardin jer


 Makan malam hari ini ialah seperti di atas.
Masak dua tin.
Lebih suka dengan brand King Cup.

 Bahan tambahan - goreng kan kentang dahulu.

Dah siap boleh lah di hidang.


RL6-Albob Tersingkir, Hanya Shiro Menyerlah



KUALA LUMPUR, 24 FEB 2012: Setelah tujuh minggu bersaing bersama rakan-rakan lain dalam Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Albob mengundurkan diri dari persaingan musim ini sebentar tadi.


Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.


Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.


Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.


Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.


Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.



Profil Abam

Nama Samaran :Abam
Nama Sebenar : Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal :Gombak, Kuala Lumpur
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.



Profil Ali

Nama Samaran :Ali
Nama Sebenar : Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 22 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.


p.s antara kumpulan yang puan zai suka... tapi tak rezeki tersingkir pula kali ini



credit to Murai.com





Dapat 3 tandan...

 
Tengahari tadi abah puan zai dah bawa turun 3 tandan pisang 40 hari dari pokok pisang.
Pastu dah di kerat jadi beberapa sisih pisang.
Kena jemur sekejap untuk keringkan getah ia.
Dan kena tunggu ia kuning sendiri.
Sedap pisang nie.
Ada juga orang beli.
Dan ada juga di berikan jiran-jiran dan kawan-kawan...

Puan Zai @ JH...


Dining & Karaoke Session 2012...

Petang semalam ada Dining & Karaoke Session 2012 untuk division kami.

Seramai 18 orang staff di jemput hadir untuk sama-sama join bigboss berkarok.

Tepat jam 5.15pm kami staff nie terus 'cabut' ke The Garden maklumlah takut jugak kalu jem nanti terlambat. Bigboss dan boss lain ada meeting 5.30pm, so dorang lambat sikit datang.

Kami sampai The Garden pun awal, parking pun banyak... apa lagi terus gerak ke Red Box, The Garden tingkat 4.

 Dah sampai terus ber-pic sambil perut rasa lapar hehe...

 Sambil tunggu sambil mata pandang kat set buffet di sana haha...

 Amek nombor bilik dulu sebab staff yang co-ordinate party nie blom sampai...
Kami amek 2 bilik asing.

 Jeng jeng jeng ini lah bigboss division kami merangkap boss puan zai...

 Ber-pic dengan bigboss...

 Ber-pic dengan semua  rakan sekerja.

 Nak nyanyi lagu apa?
Bukan reti pun hehe...

 Datang sini pun sebab-sebab seperti pic-pic di bawah hehehe...

 Haaa tang ini aje lah... tang nak pi makan...

 Lauk-pauk di pinggan no 1.

 Pinggan no 2.

 Pinggan no 3.
Pinggan-pinggan lain tak larat nak snap.

 Dessert of the day.
Nyum-nyum..

Buah-buahan dan kudapan.
Air pulak kami order jus watermelon dan apple.

Ini lah fisrt time division buat party untuk semua staff Life Products & Marketing Services ataupun sekarang division kami di tukar nama ke Agency Services. Ada juga yang tak dapat hadir. Datang sini bukan nak karok sangat, cuma nak makan aje puan zai nie huhu.

Lagipun tingat satu citer di blog kengkawan tentang karok nie. Yang mana ada empat sekawan gi karok tapi bila gi kaunter nak buat payment, counter kata kena bayar untuk lima orang walhal mereka datang cuma berempat. Bila tengok cc tv memang sah ada lima orang heeeeeeeeeeee sapa ntah orang yang kelime tu... sereeeemmmm... huhu

P.s- apa-apa pun thanks boss sebab belanja....

Sekian

Puan Zai @ JH...



Gunting rambut

 Rambut adik dah panjang.
Balik sekolah terus singgah kedai.
Bagi encem sikit.
Maklum lah birthday boy bagi la smart sikit dok?

 Dari luar kedai nampak dah 'open', tu yang masuk dalam.

Bila dah masuk tengok belakang signboard tulis closs... closs ker? huhu...

Puan Zai @ JH...



We will miss you Uya!!!

As-salam... ini cerita tengahari semalam, baru pagi nie nak post.

Semalam kami buat jamuan farewell untuk salah sorang 'Geng Raya'... seorang sahabat yang sama-sama orang lama di company kami berkerja. Sama-sama dah hampir 16 tahun berkerja di company ini.

Alhamdulillah, dia mendapat rezeki yang baek di tempat baru. Semoga Puan Uya terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang Puan Uya ceburi.

Dalam gembira-gembira kami jua turut sedih akan berpisah dengannya. Tapiiii bak kata Puan Uya dan kengkawan lain 'Geng Raya' jangan terus di lupakan. Boleh beraya bersama lagi, boleh berjumpa lagi untuk terus mengeratkan siratulrahim...

 Ber-pic beramai-ramai bersama Puan Uya...
Dalam ramai-ramai nie ada 4 orang beauty consultant Mary Kay tau...

 Peluk tak mau bagi lepas...huhu
cedihhh arrr...

 Kami beri hadiah yang simple aje.

 Siap sedia untuk makan lunch.

 Tapi sebelum makan sempat lagi ber-pic...

 Peace yo!

 Kek untuk Puan Uya...

 Penuh satu meja besar dalam meeting room untuk Geng Raya menjamu selera.

 Menu hari ini ialah pizza hut...
Hawaian chicken.

 Ini apa eh... chicken supreme kot. Lupa dah... tau-tau piza dah ada dlm mulut...

 Chicken wings...

 Soup of the day...

 Buah-buahan tempatan...

 Haaa yang ini dah tentunya tuan blog punya pinggan..

 Best3x...

 Sambil makan sambil borak...

 Terhibur dengan anak puan wani iaitu nuha yang baru berumur 3 tahun nie sebagai little entertainer semalam.
Bijak dia berborak dan bercerita.

 Potong kek time.

 Puan Uya dan puan zai.

 Puan uya dan puan wani serta nuha yang comey.

 Puan uya dan puan bet.

 Puan uya dan puan atun.

 Puan uya dan puan ira.

 Puan uya dan puan zila.

dan last sekali puan uya dan cik nurul...

Yang pasti kami semua akan merinduinya. All the best buat Puan Uya... selamat maju jaya dan success selalu di tempat kerja yang baru mahupun di Mary Kay...

Muahhhh!!!!!

Sekian...

Puan Zai @ JH...