Saturday, July 20, 2013

Adik nak durian...


As-salam...

Orang sibuk nak cari lauk nak masak untuk buka puasa, adik sibuk nak durian... teringin katanya... aishhhhhhhhh...



Puan Zai @ JH...


Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan...



As-salam...

Tidak terlewat untuk puan zai ucapkan selamat berpuasa buat semua. Dah 5 hari kita berpuasa. Sekejap je rasanya kan.

Hari ini rumah kami penuh. Semua adik beradik ada. Penuh ruang makan tadi masa berbuka. Ini yang seronoknya bila dapat berkumpul beramai-ramai.



Kat meja dah penuh dengan orang dewasa.
Kanak-kanak kena dok makan di bawah le.

In shaa Allah, hujung tahun ini ada dua kelahiran di dalam keluarga kami.
Syukur... adik perempuan akan menimang cahaya mata yang ketiga dan adik ipar pula anak sulung mereka hujung tahun nie.
Jadi, mak dan abah dapat bonus berganda lah, dapat cucu dua orang sekali gus...

P.s - abah kata dah kena beli meja yang ada kerusi lebih dari 8 kerusi nie hehe...

Sekian.

Puan Zai @ JH...

 

 

Monday, July 8, 2013

Makan Malam Bersama Kakak dan Adik...




Puan Zai @ JH...


Sunday, July 7, 2013

Jom makan puas-puas!


As-salam...

Jumaat lepas geng ajak ke Sushi King @ Berjaya Times Square.

Nak makan puas-puas sushi sebelum puasa katanya.

Kita pun ikut aje lah... memang memasing pun 'hantu' sushi kan.

Di meja semua tak tau nak makan yang mana satu sebab semua nak di pilih dan makan... semua colour pinggan nak di ambil.

Kitaorang tak kisah apa pun asalkan dapat makan dengan wasabe tuu hehe...
 

Puan Zai @ JH...



Saturday, July 6, 2013

Tahniah Emma & Fendy!


As-salam...

Minggu lepas bersamaan dengan 29 June 2013, puan zai dan rakan-rakan telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat baek kami di Linggi, Negeri Sembilan.

Excited sebenarnya nak gi kenduri kahwin sahabat nie sampai kan puan zai sendiri tak lena tidur nak tunggu hari siang pagi tu... hehe... tu la kan sapa yang nak naik pelamin ntah... sepatutnya pengantin tapi yang ini tetamu pulak yang tak lena.

Puan zai rasa mungkin disebabkan persahabatan kami yang kekal lama ini buatkan puan zai tak sabar nak ke Linggi untuk melihat pengantin bersanding di pelamin yang dia hias sendiri.

Walaupun sudah seminggu majlis berlalu, masih terbayang wajah pengantin yang kelihatan ceria dan gembira.

Puan zai doakan semoga sahabat baek ini, Emma dan suami berbahagia hingga akhir hayat. Semoga jadi isteri solehah ye! Amin...



Tahniah!

 Selamat pengantin baru buat Emma & Fendy.






 
Cantek bunga pahar hasil buatan dari tangan pengantin sendiri.
Puan zai dapat 4 kumtum iaitu 4 warna, semua puan zai letak kat meja opis dan letak depan mata hehe.

Dapat jua bawa balik beberapa bunga pahar dan goodies untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir yang memberi hadiah.

Puan Zai @ JH....






Novel: Sayang Seorang Qaiser ~ Anuar Kamaruddin



NKB: Novel Ku Baca

Sayang Seorang Qaiser
[Karya: Anuar Kamaruddin]

 

Qaiser seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Orangnya cukup sederhana, tetapi hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang. Jiwanya sentiasa ada rasa cinta. Dia disayangi semua terutama saudara mara.

Tanpa disedari, ada sepasang mata memerhati. Menagih cinta dari sang lelaki. Qistina, gadis kaya raya yang kosong jiwanya. Terpesona kerana budi bahasa bukan kerana harta. Cinta mereka bertaut tanpa sengaja, namun dugaan menyapa. Qaiser dicemburui dan menerima padahnya.

Namun apa pun dugaan yang melanda, cinta kedua mereka tidak tergugah dan pasti tetap bersatu kerana sayang seorang Qaiser, tidak pernah memilih-milih.

Komen JH:
Bagi pembaca novel ini novel antara yang biasa-biasa sahaja. Watak Qaiser ini memang banyak berdamping dengan watak yang penuh dengan kasih sayang. Dia mempunyai ibu bapa yang penyayang. Seorang adik yang peyayang dan seorang pak cik yang penyayang. Selain tu juga dirinya amat di sayangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Ada ciri suspen ada dalam novel ini. Pembaca ingin sangat nak tahu apa sebenarnya yang akan terjadi setelah membaca prolog yang memberi gambaran awal apa sebenarnya yang akan berlaku pada watak utama ini.

Bab ini pembaca boleh beri pujian sebab ianya memberi impak yang besar untuk kita sebagai pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Teruskan usaha buat penulis lelaki ini yang bernama Anuar Kamaruddin, semoga anda akan terus suscess.

Next Novel: Aku Bukan Malaikat... karya Rudy Hirdy...

Puan Zai @ JH